6 Pengabaian Penjagaan Menjadi Punca Kebocoran Radiator

Radiator adalah antara komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi sebagai penyejuk sistem operasi enjin. Kegagalan penjagaan boleh menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas ‘overheating’ dan tidak berfungsi dengan baik. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan komponen ini mengalami kerosakan atau kebocoran seperti berikut:

1. Kepala Penutup Radiator Rosak

Penutup radiator yang pecah atau rosak akan menyebabkan cecair penyejuk keluar sedikit demi sedikit dari hos penyejuk sehingga mengurangkan kuantiti cecair dalam radiator. Hal ini akan menyebabkan enjin kenderaan anda panas dan merosakkan sistem penyejuk. Sekiranya anda mendapati kerosakan pada penutup radiator, segera bertindak dengan menghantar kenderaan ke pusat servis untuk pembaikan radiator sebelum masalah bertambah buruk.

2. Saluran Tersumbat

Pengisian air dalam radiator daripada pili atau paip boleh menyebabkan saluran air tersumbat akibat kotoran yang membentuk sisa karat dan hakisan daripada air tersebut. Hal ini berlaku kerana air daripada pili mengandungi mineral dan bahan tercemar yang akan bertindak balas secara kimia dengan dinding radiator. Oleh itu, pastikan mengguna cecair penyejuk yang sesuai bagi membendung masalah kebocoran radiator.

3. Objek Asing

Kedudukan radiator terletak pada bahagian hadapan enjin kenderaan bagi memudahkan lebih banyak udara disedut masuk ke dalam enjin. Kedudukan tersebut menyebabkan komponen ini mudah terdedah kepada objek asing seperti batu kecil, serangga, haiwan perosak dan lain-lain. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan radiator bocor dan gagal berfungsi.

4. Usia Radiator

Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayat tertentu. Begitu juga dengan radiator yang mempunyai jangka hayat lama yang bergantung pada tahap penyenggaraan. Walaupun anda sentiasa memeriksa, menjaga dan menyenggara, komponen kenderaan boleh mengalami kerosakan pada masa tertentu. Oleh itu, pastikan anda mengesan keretakan atau kebocoran dengan cepat agar ia boleh diperbaiki.

5. Gasket Rosak

Gasket kepala silinder yang rosak boleh menyebabkan cecair penyejuk bocor ke dalam kotak engkol kenderaan. Ia juga akan menyebabkan kerosakan pada sistem minyak, palam pencucuh ‘spark plug’ dan lain-lain komponen. Pastikan sentiasa periksa kepala gasket sekiranya mendapati enjin kenderaan anda mengalami masalah bagi mengelakkan berlakunya overheating.

6. Hakisan Radiator

Punca kebocoran lain yang biasa berlaku adalah hakisan pada radiator yang berpunca daripada reaksi bahan kimia. Sekiranya anda melihat cecair berwarna terang di bawah kenderaan anda ketika diparkir, itu adalah tanda yang jelas bahawa radiator anda mengalami kebocoran dan ia memerlukan servis segera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!