Evolusi Pengangkutan Awam Yang Ramai Tidak Ketahui

Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan utama dalam negara yang membantu orang ramai untuk melakukan pergerakan seharian. Bermula dari perkhidmatan bas, kini terdapat pelbagai sistem pengangkutan seperti pengangkutan rel yang telah memudahkan pergerakan. Ketahui evolusi pengangkutan awam rel yang telah membantu rakyat dalam urusan harian seperti berikut:

Commuter train at Kuala Lumpur station, Malaysia

1. Kereta Api Tanah Melayu (KTM)

Sistem pengangkutan kereta api merupakan pengangkutan rel pertama digunakan dalam negara sejak zaman penjajahan British. Ia dahulu digunakan sebagai pengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan. Kini KTM telah meluaskan jaringan dengan memberi perkhidmatan lebih seratus stesen. Ia juga digunakan ramai untuk melakukan perjalanan ke sesebuah negeri atau daerah bergantung pada laluan yang disediakan.

Malaysia LRT train, transportation to work, travel and shopping

2. Transit Aliran Ringan (LRT)

Transit Aliran Ringan (LRT) adalah sejenis rel transit bandar yang beroperasi dalam kapasiti dan kelajuan lebih tinggi daripada KTM. Pengangkutan rel ringan ini melakukan perjalanan pendek dalam bandar dengan lebih cepat dan mampu menampung ramai penumpang. Kegunaan LRT telah maju pada masa kini hingga terdapat pembinaan laluan baru demi memudahkan perjalanan orang ramai terutamanya bergerak ke tempat kerja.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – 19 April 2018: Bukit Bintang shopping and entertainment area

3. Monorel

Monorel merupakan sejenis pengangkutan yang berasaskan landasan alang tunggal. Sistem pengangkutan ini menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak dan ia terdapat di Kuala Lumpur bagi memudahkan perjalanan orang ramai ke pusat perdagangan dan perniagaan utama, pusat beli-belah dan rangkaian hotel. Anda tidak perlu menunggu lama untuk menaiki monorel kerana ia menyediakan perkhidmatan bagi setiap lima hingga sepuluh minit.

Malaysia MRT train

4. Transit Aliran Deras (MRT)

Transit Aliran Deras (MRT) merupakan sistem pengangkutan rel moden yang dikenalkan pada tahun 2016. Ia telah dibangunkan bagi meluaskan jaringan landasan kereta api supaya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin kritikal di kawasan Lembah Klang. MRT juga menggunakan sistem elektrikal yang memudahkan lagi proses perjalanan. Kini laluan MRT telah meningkat bagi menampung permintaan pengguna untuk melakukan perjalanan harian mereka ke tempat kerja dan sebaliknya.

ETS

5. Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS)

Perkhidmatan Kereta Api Elektrik atau lebih dikenali sebagai Electric Train Service (ETS) adalah perkhidmatan kereta api laju antara negeri yang bergerak pada kelajuan 160 kilometer sejam. Ia dilancarkan bagi memudahkan perjalanan jauh orang ramai dan mengelakkan kesesakan jalan raya. Anda boleh melakukan perjalanan ke Butterworth, Ipoh, Padang Besar dan lain-lain dengan menaiki perkhidmatan awam ETS yang menyediakan pelbagai kemudahan asas bagi memudahkan perjalanan pengguna.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Pengabaian Penjagaan Menjadi Punca Kebocoran Radiator

Radiator adalah antara komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi sebagai penyejuk sistem operasi enjin. Kegagalan penjagaan boleh menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas ‘overheating’ dan...

Ketahui Istilah-Istilah Digunakan Dalam Pengurusan Fleet

Adakah anda mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam pengurusan fleet? Ramai pelanggan keliru dengan beberapa istilah yang digunakan ketika menghantar kenderaan SPANCO ke pusat servis....

6 Titian Kanopi Di Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi Terutamanya No. 5

Adakah anda bosan melakukan aktiviti sama di hujung minggu seperti membeli-belah, lepak di taman, makan di kedai dan lain-lain? Ayuh cuba aktiviti baru yang...

8 Makanan Baba Nyonya Yang Popular Terutamanya No. 7

Makanan Baba dan Nyonya atau dikenali juga sebagai Peranakan sangat terkenal di Malaysia khususnya di negeri Melaka kerana keunikan masakan mereka yang mempunyai gabungan...

Tahukah Anda Perbezaan Penapis Udara Enjin Dan Penapis Udara Kabin

Penapis udara merupakan komponen penting kenderaan yang berfungsi sebagai pembersih udara dalam sistem pendingin hawa. Penapis udara enjin dan penapis udara kabin adalah dua...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!