Hargai Warisan Destar Getam Budu

SPANCO telah menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor dalam mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada yang lebih tinggi bagi menghidupkan warisan budaya yang tiada bandingan nilainya menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021. Ia akan dipersembahkan setiap bulan menerusi PRIHATIN dan bagi edisi kedua kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar Getam Budu.

Secara umumnya, destar adalah salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu. Ia mempunyai ragam bentuk dan garapan yang melambangkan zat budi, akal dan sesuatu masyarakat. Bagi Alam Melayu, destar mewakili semua jenis hiasan kepala yang terdiri daripada tengkolok, tanjak, getam, semutar, dan songkok.

Getam adalah sejenis hiasan kepala yang menutupi bahagian atas dan keliling kepala pemakai. Maksud getam ialah bekas tudung penutup balang yang terbuka di bahagian atas. Getam Budu pula, merupakan sebahagian pakaian kebesaran raja yang memerintah negeri Kelantan dan juga rakyatnya.

GetamBudu-04
Bahagian dalaman menampakkan getam tertutup sepenuhnya

Bagi Getam Budu, ‘Getam’ membawa maksud penutup bekas manakala ‘Budu’ pula adalah sejenis makanan tradisi di negeri Kelantan yang mempunyai bau yang kuat. Getam Budu secara harfiah bermaksud bekas penutup budu. Dalam konteks hiasan kepala pula, Getam Budu membawa maksud pada penutup atau menutup sesuatu rahsia, cerita, kisah aib rakyat, orang atasan, keluarga atau seseorang yang mempunyai penyakit.

GetamBudu-02
Garapan berbentuk bunga mekar pada bahagian hadapan getam

Ia digunakan bagi menutup bahagian atas kepala dan biasa digunakan dalam pelbagai majlis. Perkara yang membezakan penggunaan Getam Budu adalah dari segi warna dan corak atau garapan ‘bunga mekar’ pada bahagian depan getam ini.

GetamBudu-03
Pucuknya dililit tegak ke atas

Terdapat beberapa warna yang dikhaskan untuk penggunaan raja iaitu warna putih digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong, warna kuning digunakan oleh Tengku Mahkota, warna biru digunakan oleh Tengku Bendahara, warna hijau untuk Tengku Laksamana, warna hitam bagi Tengku Seri Mas dan warna merah bagi Tengku Panglima.

Dengan ini, bagi memelihara warisan kebanggaan kita, ia menjadi kewajipan kepada semua penggiat aktiviti warisan dan seni budaya Melayu khususnya dan orang ramai amnya untuk mengambil inisiatif demi mengekalkan budaya dan menanam semangat menghargai warisan budaya dalam jiwa generasi akan datang agar memastikan khazanah negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!