Ikuti Pemanduan Maya Di Bandar Luar Negara

Adakah anda rindu melakukan perjalanan harian ke tempat kerja atau bersiar-siar bersama kawan dalam kenderaan? Perkara paling utama orang ramai ingin melakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah pemanduan dalam kenderaan sambil mendengar lagu dari siaran radio kegemaran mereka bersama insan tersayang.

Sementara menunggu PKP ditamatkan, anda boleh melakukan pemanduan maya menerusi aplikasi desktop ‘Drive and Listen’ yang mampu memberi satu pengalaman baharu untuk menikmati perjalanan bandar di beberapa buah negara sambil mendengar radio tempatan di negara pilihan. Menerusi aplikasi ini, anda boleh memandu dari Amsterdam ke Zurich dalam sekelip mata sahaja. Menarik bukan?

Aplikasi ‘Drive And Listen’

Aplikasi ‘Drive and Listen’ adalah satu aplikasi baharu yang menawarkan perkhidmatan memandu secara maya ke 38 negara secara percuma dengan mendengar lagu tempatan negara tersebut.

Ia adalah salah satu laman web yang telah merakamkan situasi bandar sebenar di 38 negara menerusi rakaman video dari YouTube untuk memberi pengalaman realistik kepada penggunanya. Ia juga menyiarkan rancangan muzik dan perbincangan semasa di negara pilihan supaya pengguna menikmati pengalaman menarik secara maya.

 

Anda juga boleh memilih untuk membiarkan mendengar kebisingan di bandar, termasuk bunyi hon kenderaan dan perbualan pejalan kaki apabila melakukan perjalanan maya. Tidak seperti Google Earth, di mana anda harus mengklik jalan-jalan pada paparan laman web, aplikasi ini melakukan semua kerja secara automatik. Anda hanya perlu memilih negara kegemaran, menetapkan kelajuan kereta anda, memilih bunyi persekitaran dan menonton seolah-olah anda menikmati perjalanan tersebut.

Aplikasi ini turut memberi peluang kepada pengguna menikmati pemandangan bandar di sesebuah negara sambil memandu di jalan sibuk. Pengguna juga boleh melihat rakyat di negara pilihan berjalan, berbasikal, melintas jalan, menari, makan di tepi jalan dan sebagainya secara langsung. Ia akan memberi anda perasaan yang jauh lebih realistik untuk berada di bandar daripada melihat gambar menerusi media sosial.

Cara Penggunaan

Cara penggunaan aplikasi ini sangat mudah di mana pengguna boleh melayari laman web ‘Drive and Listen’ dan memilih negara pilihan dari kolum sebelah kanan. Kemudian, pengguna boleh mengawal kelajuan kenderaan dari tahap 1, 1.5 dan 2 berdasarkan kesesuaian anda. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk mendengar bunyi jalanan atau tidak dengan pilihan menekan butang ‘ON’ atau ‘OFF’ yang disediakan. Senang bukan! Segera layari laman ‘driveandlisten.herokuapp.com’ untuk menikmati pemanduan maya di bandar luar negara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!