Aplikasi Mobil SPANCO Memudahkan Temu Janji Servis

Seiring dengan kemajuan teknologi dalam era digital, SPANCO telah melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO sejak tahun 2017 untuk membantu para pelanggan memudahkan urusan dengan pihak SPANCO. Menerusi aplikasi ini, pelanggan boleh mendapatkan bantuan kerosakan, mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis dan mengemaskini profil mereka.

Bagi memberi perkhidmatan servis dan pembaikan kereta-kereta fleet SPANCO khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pelanggan boleh menggunakan aplikasi ini untuk menempah temu janji servis di mana-mana pusat servis terpilih (seperti yang tersenarai dalam Aplikasi Mobil SPANCO) yang berdekatan dan tentukan jenis perkhidmatan yang diperlukan berserta tarikh dan masa yang sesuai.

Cara Melakukan Tempahan Melalui Aplikasi Mobil SPANCO

Tempahan servis boleh dilakukan menerusi aplikasi dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun Aplikasi Mobil SPANCO ke dalam peranti mudah alih anda melalui Google Playstore (Android) dan Apple App Store (iPhone) secara percuma untuk mendapatkan perkhidmatan SPANCO dengan segera.

2. Seterusnya, anda perlu mendaftar bagi mengaktifkan akaun anda sebelum menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan dalam aplikasi ini. Proses mendaftar hanya mengambil masa yang singkat dengan memasukkan nama, nombor telefon dan alamat emel sahaja.

3. Setelah berjaya mendaftar, pelanggan akan diberi enam pilihan di menu utama iaitu ‘LAPOR KES’, ‘TEMU JANJI SERVIS’, ‘SEMAK KES’ ‘DAFTAR MASUK (SERVICE CHECK IN)’, ‘MAKLUM BALAS’ dan ‘PERTANYAAN UMUM’.

4. Bagi menempah temu janji servis, pelanggan perlu memilih menu ‘TEMUJANJI SERVIS’ dan isikan maklumat yang dikehendaki di ruangan yang disediakan seperti nama, alamat emel, nombor untuk dihubungi, nombor pendaftaran kereta, bacaan odometer semasa, jenis temu janji servis, lokasi negeri, pusat servis, tarikh dan masa temu janji yang dikehendaki.

5. Pelanggan juga boleh meninggalkan sebarang pesanan menerusi ruang komen sebelum menekan butang ‘hantar’. Pelanggan kemudian akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk hadir ke temu janji servis pada masa dan tarikh yang dipohon sekiranya permohonan berjaya.

6. Seandainya permohonan tidak berjaya, pelanggan tidak perlu risau dan boleh kembali semula ke menu ‘TEMUJANJI SERVIS’ dan menukar tarikh dan masa temu janji yang berlainan.

7. Pelanggan perlu mengambil maklum dengan SMS dihantar iaitu SMS pertama akan dihantar setelah berjaya membuat tempahan manakala SMS kedua akan dihantar sekurang-kurangnya dua jam sebelum temu janji.

Prosedur ringkas dan mudah ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan hanya melayari Aplikasi Mobil SPANCO. Pelanggan bukan sahaja boleh membuat temu janji servis di Pusat Servis Diiktiraf SPANCO Wilayah (PSW) Bangi dan Batu Caves, malahan juga boleh melakukan di cawangan Proton Edar terpilih di bawah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) SPANCO di seluruh negeri.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!