6 Tempat Pelancongan Maya Yang Popular

Sejak COVID-19 melanda dunia, pelbagai sektor ekonomi telah terkesan akibat penularan wabak ini. Tidak terlepas juga sektor pelancongan di mana banyak pintu masuk negara telah ditutup. Walau bagaimanapun, dengan pengamalan norma baharu, kini pelancongan secara maya telah diwujudkan supaya rakyat dapat mengembara pelbagai tempat hanya dari rumah mereka. Disenaraikan beberapa tempat yang boleh anda menjelajah secara maya seperti berikut:

safari artofsafari.travel
Sumber: artofsafari.travel

1. Safari, Afrika Selatan

Bagi peminat Safari di luar negara, anda tidak perlu risau lagi kerana negara Afrika Selatan kini menawarkan pakej pelancongan dalam talian untuk menyaksikan hidupan liar di negaranya. Sebagai langkah mengumpul dana untuk pemuliharaan, andBeyond menawarkan pengalaman maya unik menerusi sesi zoom peribadi di mana penonton boleh berbual dengan pemandu pelancong dan juga menonton siaran langsung untuk melihat haiwan-haiwan besar Afrika dari rumah anda sahaja. Layari laman web ‘explore.org’ untuk menyaksikan safari tersebut.

grand canyon

2. Taman Negara Grand Canyon, Amerika

Terdapat banyak tempat popular di Amerika Syarikat yang menjadi tarikan pelancong. Kini anda boleh mengembara secara maya ke salah satu destinasi popular iaitu Taman Negara Grand Canyon yang mempunyai kepanjangan 446 kilometer dan kedalaman sehingga 1,857 meter. Ia dikelilingi dengan batu-batuan merah menarik di sepanjang jalan. Anda boleh berjalan kaki di Bright Angel Trail di sepanjang Sungai Colorado ke South Rim dari rumah anda melalui laman web ‘Google Street View Trek.

Louvre

3. Muzium Louvre, Perancis

Teringin melancong ke Muzium Louvre yang terletak di Perancis? Terdapat perkhidmatan pelancongan secara maya yang boleh anda sertai untuk menyaksikan keindahan muzium ini. Anda boleh melihat potret Mona Lisa dari dekat dengan lawatan maya menerusi laman web ‘louvre.fr/en/visites-en-ligne’. Nikmati pemandangan muzium dan galeri yang penuh dengan kisah sejarah dari rumah anda bersama keluarga.

china

4. Tembok Besar China

Tembok Besar di China adalah salah satu tarikan utama pelancong ke negara tersebut. Wabak COVID-19 telah menghalang para pelancong melawat ke negara ini untuk melihat keajaiban dunia yang terdapat di situ. Kini anda boleh melihat keunikan tembok terpanjang di dunia secara maya sambil menikmati pemandangan dari rumah anda sahaja. Lakukan lawatan maya menerusi laman web thechinaguide.comyang merangkumi enam setengah batu tembok antara Jinshanling dan Simatai yang terkenal kerana mempunyai beberapa pemandangan paling klasik di China.

niagara falls 1

5. Air Terjun Niagara, Kanada

Air Terjun Niagara yang terletak di Kanada merupakan tarikan pelancong dari seluruh dunia. Para pelancong gemar melihat pemandangan yang mengasyikkan daripada kederasan air terjun tersebut sambil menikmati udara segar. Anda kini boleh melihat keajaiban tempat ini secara maya dengan menikmati pemandangan tanpa sebarang gangguan dari rumah anda. Sila layari laman web niagarafallstourism.com untuk menyaksikan pemandangan air terjun ini.

Grand-Train-Tour-of-Switzerland_2 railtoureurope.com
Sumber: railtoureurope.com

6. Grand Train Tour, Switzerland

Switzerland adalah antara negara yang paling selamat dikunjungi bagi seseorang yang ingin melakukan pelancongan solo. Negara ini terkenal dengan pelbagai lokasi menarik termasuk menikmati perjalanan menerusi Grand Train Tour. Anda boleh melakukan perjalanan dengan Grand Train Tour secara maya sambil menikmati pemandangan bandar yang indah sepanjang jalan menerusi laman web grandtraintour.myswitzerland.com’.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!