5 Tips Mudah Bagi PdPR

Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mewujudkan norma baharu dalam sistem pendidikan iaitu pembelajaran secara maya. Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan supaya murid-murid dapat belajar dari rumah tanpa hadir secara fizikal ke sekolah bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Namun, terdapat beberapa rintangan yang dihadapi oleh murid dan ibu bapa dengan penggunaan sistem pembelajaran norma baharu ini. Bagi menyenangkan kedua-dua pihak dalam mengadaptasi pembelajaran secara maya, disenaraikan beberapa cara yang boleh anda amalkan bagi memudahkan proses pembelajaran.

1. Tempat Belajar Yang Kondusif

Ibu bapa perlu menyediakan satu ruang kondusif bagi kanak-kanak supaya mereka dapat belajar tanpa sebarang gangguan. Sediakan ruang yang mempunyai talian internet laju agar mereka dapat mendengar maklumat yang disampaikan oleh guru dengan teliti. Ruang senyap dengan cahaya matahari, meja dan kerusi sesuai boleh meningkatkan tumpuan ketika sesi pembelajaraan mereka.

2. Sediakan Jadual Waktu

Sesetengah keluarga mengalami masalah dari pengurusan masa kerana terdapat lebih daripada satu anak yang belajar pada waktu yang sama. Oleh itu, ibu bapa perlu menyediakan jadual waktu untuk menguruskan masa berdasarkan waktu pekerjaan anda dan waktu pembelajaran anak-anak supaya tidak mengalami masalah pertembungan masa.

3. Lakukan Aktiviti Pendek

Pengadaptasian norma baharu dalam sistem pembelajaran agak sukar bagi kanak-kanak yang sudah terbiasa berada di secara fizikal di sekolah. Oleh itu, mereka mudah hilang fokus apabila duduk di satu tempat bagi tempoh masa yang lama. Ibu bapa boleh melakukan aktiviti pendek seperti bersenam, melukis, mewarna dan lain-lain sercara selang-seli bagi memastikan mereka kembali cergas dan fokus kepada pembelajaran.

4. Bersikap Fleksibel

Bersikap fleksibel adalah penting dengan menyesuaikan masa bekerja anda dengan anak-anak supaya dapat membantu mereka melakukan tugasan sekolah. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak untuk menghabiskan tugasan mencabar dengan membimbing mereka agar dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh masa yang diberi.

5. Berhubung Dengan Kawan-Kawan

Kanak-kanak pastinya merindui kawan-kawan yang telah beberapa bulan tidak berjumpa. Ibu bapa boleh membantu menghubungkan mereka dengan anak-anak agar mereka tidak melepaskan peluang membentuk hubungan sosial bersama kawan-kawan. Lakukan interaksi sosial menerusi media sosial secara berkala supaya membantu mereka kekal berhubung dengan dunia luar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!