Ramai Yang Tidak Tahu Kegunaan Sebenar Lampu Kabus Kenderaan

Lampu adalah salah satu komponen keselamatan yang terdapat pada sesebuah kenderaan. Lampu hadapan, lampu siang, lampu suluh tinggi, lampu kabus dan lain-lain mempunyai kegunaan berbeza di mana ramai masih keliru keperluan penggunaan terutamanya bagi lampu kabus. Oleh itu, ketahui fungsi, jenis dan cara penggunaan lampu kabus agar anda tidak menyalahgunakannya ketika memandu.

Fungsi

Lampu kabus bukanlah suatu aksesori tambahan untuk sesebuah kenderaan. Ia berfungsi sebagai lampu amaran yang boleh digunakan bersama lampu depan atau belakang supaya memberi penglihatan jelas apabila anda memandu dalam keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat, keadaan berkabus, ribut atau semasa penglihatan rendah.

Jenis

Secara umumnya, terdapat dua jenis lampu kabus yang terdiri daripada lampu kabus hadapan dan belakang yang biasanya terletak di bumper kiri dan kanan atau tengah. Lampu kabus belakang ialah lampu berwarna merah yang mempunyai tahap kecerahan seperti lampu brek kenderaan. Ia perlu dinyalakan secara manual pada situasi cuaca buruk agar memudahkan para pemandu di belakang melihat kelibat kenderaan anda.

Fog light

Cara Penggunaan

Ramai pemandu masih keliru dengan cara penggunaan lampu kabus. Ia sebenarnya terletak di tombol lampu isyarat dengan simbol garisan beralun ke kiri dan ke kanan atau sesetengah kenderaan mempunyai simbol ini di papan pemuka. Anda juga boleh merujuk pada buku panduan untuk mengetahui lokasi penggunaan lampu ini mengikut model kenderaan anda.

Bagi menggunakannya, pemandu perlu memutarkan suis untuk menghidupkan lampu kabus yang terletak di tuil lampu. Anda mungkin juga tidak perasan tuil suis itu ada dua bahagian, luar dan dalam yang boleh diputar. Bagi menggunakan lampu kabus anda perlu gunakan putaran dalaman untuk menghidupkan lampu kabus hadapan atau belakang.

Pemasangan lampu kabus hadapan boleh dilihat apabila simbol lampu berwarna hijau di papan pemuka manakala warna kuning menunjukkan penggunaan lampu kabus belakang. Anda perlu menggunakan lampu ini apabila penglihatan anda sangat terhad, situasi cuaca malap berkabus, hujan lebat atau di kawasan jalan raya yang terlampau gelap.

Lampu kabus belakang mempunyai suluhan cahaya yang sangat lebar dan luas berbanding lampu utama. Oleh itu, penggunaan lampu kabus belakang boleh menjejaskan penglihatan pemandu lain akibat silau. Anda hanya perlu menggunakan apabila mengalami cuaca buruk yang menghadkan penglihatan anda kurang daripada 100 meter.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!