Pelitup Muka Fabrik Punca Penyebaran Virus, Ketahui Cara Pemakaian Yang Betul

Adakah anda pengguna pelitup muka jenis fabrik? Tahukah anda cara betul memakai pelitup muka ini? Masih ramai memperlekehkan penggunaan pelitup muka sehingga ia meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus dari seseorang. Bagi mengekang penularan wabak ini, orang ramai perlu mengetahui cara betul pemakaian pelitup muka. Disenaraikan berikut beberapa cara yang perlu diamalkan oleh anda demi menjaga keselamatan diri dan orang lain:

1) Tukar Apabila Telah Lembab

Pelitup muka fabrik perlu ditukar setiap kali apabila ia telah lembab. Hal ini kerana, pelitup muka yang diperbuat daripada kain mempunyai keupayaan untuk mudah lembab dan meningkatkan kemampuan penyebaran kuman. Oleh itu, anda disarankan untuk menukar pelitup muka setiap lapan jam bagi mengelakkan kuman tersebar kepada diri anda dan orang sekeliling.

2) Basuh Setiap Hari

Pelitup muka jenis ini perlu dibasuh setiap hari dengan air panas yang mengandungi sabun bagi membasmi kuman terkumpul di permukaan hadapannya. Bukan seperti pelitup muka perubatan yang boleh dibuang, anda perlu lebih berwaspada dengan pemakaian pelitup muka fabrik. Pastikan merendamkan ia dalam air panas selama beberapa minit sebelum basuh agar dapat membunuh kuman dan virus yang terkumpul pada permukaannya.

3) Ketatkan Tali

Perkara paling utama yang ramai gagal memberi perhatian pada pelitup muka fabrik adalah talinya. Ia sangat bahaya untuk menggunakan pelitup muka longgar kerana ia tidak melekap pada wajah dengan baik dan meningkatkan kebolehjangkitan virus. Pastikan ketatkan tali dengan betul demi menjaga keselamatan diri dan insan tersayang anda.

4) Jangan Menyentuh Permukaan Luar

Ramai orang terutamanya pengguna pelitup muka fabrik gemar menyentuh permukaan luar pelitup muka semasa bercakap atau untuk tujuan lain. Tahukah anda tindakan ini amat salah untuk dilakukan? Ia boleh meningkatkan risiko penyebaran virus pada diri sendiri kerana permukaan luar tersebutlah memerangkap kuman dan virus. Jangan sesekali melakukan tindakan sebegini yang boleh merisikokan kesihatan anda.

5) Mencuci Tangan

Sentiasa mencuci tangan anda dengan sabun sebelum dan selepas menanggalkan pelitup muka fabrik. Anda juga perlu meletakkan ia di tempat khas untuk membasuhnya agar tidak menyebabkan kuman tersebar di permukaan lain. Bagi melindungi diri daripada penyebaran bakteria dan kuman, pastikan sentiasa lebih berwaspada dengan penggunaan pelitup muka.

6) Buang Pelitup Muka Berbulu

Buang pelitup muka yang telah mula mengeluarkan benang seperti bulu. Disebabkan pelitup muka ini sentiasa dicuci, lama-kelamaan ia akan mengeluarkan benang daripada permukaannya. Hal ini secara tidak langsung akan mewujudkan lubang kecil pada kain yang mula menipis. Ia juga memudahkan virus atau kuman memasuki permukaan dalaman pelitup muka yang boleh meningkatkan penyebaran virus. Bagi membendung masalah ini, pastikan buang pelitup muka dengan segera supaya dapat mencegah penyebaran virus.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!