Kegagalan Menjaga Penapis Kabin Punca Kerosakan Sistem Penghawa Dingin

Penapis kabin merupakan satu komponen dalaman kereta yang terletak di atas motor penghembus dalam sistem penghawa dingin kenderaan. Ramai pemandu yang masih tidak mengetahui fungsi dan penggunaan penapis kabin yang membantu menapis udara dalam sistem penghawa dingin. Dikongsikan beberapa maklumat berkaitan komponen penting ini yang mampu menolong anda untuk mengenalinya dan mencegah kerosakan penghawa dingin.

Fungsi

Fungsi utama penapis kabin adalah menapis udara yang mengalir dari luar kenderaan ke kabin kereta melalui sistem penghawa dingin atau sistem ventilasi. Ia secara tidak langsung meningkatkan kualiti udara yang dihirup oleh penghuni kenderaan serta meningkatkan kebersihan dalaman kereta.

Kualiti udara di dalam kereta mudah mengalami pencemaran berbanding udara di luar kereta akibat pelepasan karbon dioksida daripada asap kenderaan lain dan gas-gas lain daripada persekitaran. Bagi menjaga kualiti udara dalaman kereta, penapis kabin memainkan peranan khusus dalam menapis segala debu, habuk dan debunga daripada memasuki sistem udara serta menghasilkan udara bersih mengalir menerusi sistem penghawa dingin.

Tempoh Servis

Setiap penapis kabin perlu disenggara bagi satu tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk pada buku manual yang diberi oleh pengeluar semasa membeli kereta untuk mengetahui masa yang sesuai.

Kebiasaanya komponen ini perlu ditukar atau diservis dalam julat perbatuan antara 30,000 km hingga 40,000 km. Namun, ia bergantung pada jenis model kenderaan pengguna kerana ia mempunyai julat perbatuan berbeza. Walau bagaimanapun, anda tetap boleh membersihkannya apabila ia mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan atau sistem penghawa dingin mengambil masa yang lama untuk menyejukkan ruang kabin.

Bagi memastikan kebersihan penapis kabin terjaga, anda disarankan untuk melakukan penyenggaraan berkala dalam tempoh enam bulan sekali di pusat servis bertauliah atau melakukan pembersihan di dalam rumah sendiri.

Cara Pembersihan

Pernahkah anda menghidu bau asap kenderaan lain atau bau yang tidak menyenangkan memasuki di ruang kabin kenderaan anda? Ia adalah salah satu petanda yang menunjukkan penapis kabin kereta tersumbat dan gagal beroperasi.

Bagi mengelakkan kemasukan udara tercemar, anda perlu mengambil inisiatif untuk membersihkan penapis kabin. Ia sangat mudah untuk dilakukan dari rumah sahaja di mana anda perlu mengeluarkan penapis kabin yang terletak di bawah papan pemuka berhampiran penyaman udara. Sekiranya tidak pasti kedudukan penapis kabin, anda boleh merujuk kepada buku manual kereta kerana model berbeza mempunyai kedudukan yang berbeza.

Kemudian gunakan kompresor angin atau vakum untuk menyahkan debu dan habuk yang terkumpul di dalam penapis kabin agar dapat membersihkan saluran penapis dengan betul. Selepas menyahkan debu, anda perlu membasuh penapis kabin dengan menggunakan air dan sabun bagi mengeluarkan kotoran yang masih terlekat padanya.

Keringkan penapis tersebut di bawah matahari  dahulu sebelum memasukkan kembali dalam laci kabin. Ia amat mudah dilakukan tetapi anda perlu berhati-hati sebelum mencuci kerana terdapat segelintir penapis kabin yang tidak semua boleh dibasuh dan disental dengan span.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!