Kesihatan Badan Terjaga Dengan Minuman Teh Herba, Terutamanya No.7

Ramai gemar untuk minum kopi daripada teh dalam kehidupan harian mereka. Ia telah menjadi minuman ruji bagi setiap individu. Tahukah anda teh mempunyai banyak kebaikan kesihatan? Terdapat pelbagai jenis teh herba yang boleh diminum untuk menjaga kesihatan diri. Ketahui jenis-jenis teh yang terdapat di pasaran demi menjaga kesihatan anda:

green tea (2)

1) Teh Hijau

Mesti ramai kenal teh hijau yang juga dikenali sebagai ‘green tea’. Teh yang kaya dengan antioksidan ini merupakan antara minuman yang paling berkhasiat dalam dunia ini. Kandungan zat penting dalam teh hijau turut membantu kurangkan lemak dalam badan, menggerakkan fungsi otak, menurunkan risiko kanser, membunuh kuman, kurangkan risiko kencing manis dan sebagainya. Tunggu apa lagi, segera amalkan minuman ini pada setiap hari!

chamomile tea

2) Teh Bunga Chamomile

Adakah anda mengalami masalah apnea dan kesukaran untuk tidur? Anda boleh cuba minum teh herba bunga chamomile bagi menyelesaikan masalah ini dengan mudah kerana ia bebas kafein dan mempunyai ciri-ciri untuk menenangkan seseorang. Bukan sekadar membantu meningkatkan kualiti tidur, ia juga mengurangkan gejala kemurungan, migrain, merangsang sistem imun, mencegah kerosakan saraf dan ginjal, kanser dan sebagainya.

ginger tea

3) Teh Halia Limau

Ramai orang khususnya golongan dewasa gemar minum teh halia limau untuk membuang angin dalam badan. Ia merupakan satu-satunya minuman yang boleh mempercepatkan proses penghadaman, mengurangkan sakit tekak dan jumlah kolestrol dalam badan. Halia sangat kaya dengan asid amino diikuti campuran limau yang mempunyai antioksidan dan vitamin C tinggi, boleh membunuh bakteria sekaligus meningkatkan sistem imun. Minumlah segelas teh ini bagi mengekalkan kesihatan yang lebih baik.

rose tea

4) Teh Bunga Ros

Teh bunga ros dikenali sebagai ‘the lady’s tea’ kerana kebaikannya bagi kesihatan wanita. Ia sangat bagus untuk kesihatan kulit, melegakan kesakitan senggugut, membantu menangani cirit-birit, memberi tenaga, awet muda, menyejukkan badan dan sebagainya. Kandungan flavanoid dalam minum ini sangat bagus untuk mencegah penyakit berkaitan kanser dan kardiovaskular. Anda hanya memerlukan bunga ros kering dan air panas bagi menikmati minuman ini.

peppermint-tea_620x350_51488225621
Sumber: food.ndtv.com

5) Teh Pudina

Pudina digunakan secara tradisional sebagai perubatan yang menyembuh pelbagai penyakit. Teh pudina disyorkan oleh beberapa pakar sebagai tonik kesihatan yang mempunyai banyak faedah untuk tubuh badan dan minda. Ia juga digunakan bagi merawat sakit kepala, sinus, mengurangkan nafas berbau, menguatkan sistem imun dan sebagainya. Minuman ini sangat menyegarkan dan boleh diminum apabila anda tidak sihat seperti demam, selsema atau batuk.

Red Hot Hibiscus tea in a glass mug on concrete background with
Sumber: azerbaijan_stockers freepik

6) Teh Bunga Raya

Tahukah anda bunga kebangsaan kita mempunyai khasiat tinggi? Dikenali sebagai ‘Jamaica Water’, teh bunga raya mengandungi antioksida dan vitamin C yang tinggi bagi membantu menangani masalah kesihatan seperti jangkitan virus. Di samping kebaikan kesihatan ia juga sangat segar untuk dimimun serta amat menyenangkan minda seseorang.

Passion flower infusion.
Sumber: ihearts143quotes.com

7) Teh Bunga Passion

Adakah anda seseorang yang mudah berasa gelisah? Teh bunga passion boleh membantu mengurangkan kegelisahan dan kebimbangan anda kerana ia telah terbukti secara saintifiknya. Teh ini akan meningkatkan tahap bahan kimia dalam otak iaitu asid gamma aminobutyric (GABA) yang secara langsung merendahkan aktiviti sel otak sehingga memberi ketenangan. Ia juga mampu menenangkan sistem saraf agar membantu anda tidur dengan lebih nyenyak.

earl grey

8) Teh Earl Grey

Teh bergamot atau dikenali sebagai earl grey adalah sejenis teh hitam yang mengandungi rasa sitrus. Selain itu, ia mempunyai antioksidan yang tinggi, membantu sistem pencernaan, mengurangkan kadar kolestrol dan darah tinggi, baik untuk kesihatan gigi, mencegah risiko penyakit jantung, meningkatkan tenaga dan sebagainya. Anda boleh mendapatkan teh ini dengan mudah di kedai runcit atau menerusi pembelian atas talian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!