Warisan Destar Ayam Patah Kepak

Dalam usaha mengangkat dan memartabatkan warisan Alam Melayu ke persada lebih tinggi, SPANCO menjalinkan kerjasama dengan pengarang destar, Mohd Herin Mansor, bagi melaksanakan inisiatif menyuburkan warisan budaya itu menerusi paparan koleksi 12 jenis destar sepanjang tahun 2021 dengan mempersembahkannya menerusi PRIHATIN pada setiap bulan. Bagi edisi pertama kali ini, PRIHATIN mengetengahkan koleksi destar Ayam Patah Kepak.

Secara umumnya, destar adalah salah satu hiasan kepala yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia, termasuk Alam Melayu. Ia mempunyai ragam bentuk dan garapan yang melambangkan zat budi, akal dan sesuatu masyarakat. Bagi Alam Melayu, destar mewakili semua jenis hiasan kepala yang terdiri daripada tengkolok, tanjak, getam, semutar, dan songkok.

apk 1

Ayam Patah Kepak adalah tanjak yang dikenali ramai apabila ia mula dipakai oleh Sultan Perak pada tahun 1984. Ia mempunyai bentuk kepak ayam yang telah patah. Tanjak yang digunakan oleh Sultan adalah berwarna putih bersulamkan benang perak. Penggunaan warna ini adalah dikhususkan untuk Raja Perak, manakala warna kuning adalah untuk Raja Muda Perak.

Setiap warna tanjak yang dipakai oleh mereka menggambarkan betapa beratnya tanggungjawab pentadbiran yang merangkumi tugas dari segi hal adat istiadat, agama dan lain-lain yang dipikul sehingga ‘patah kepak’ dan ia adalah suatu jawatan yang akan dipersoalkan kelak.

Tanjak ini mempunyai pelbagai variasi di mana karangan untuk dipakai oleh seseorang Sultan itu berbeza daripada yang dipakai oleh rakyat biasa. Selain warna, perbezaan ini terletak pada bahagian ‘bengkung’ tanjak iaitu untuk Sultan mempunyai kelebaran empat atau lima jari sementara untuk rakyat pula adalah tiga jari sahaja.

apk 2
Simpulan yang digunakan adalah dinamakan garam sebuku

Keunikan tanjak pula terletak pada solekan bahagian daun destar yang berbentuk kepak ayam patah. Simpulan yang digunakan pula adalah ‘garam sebuku’, manakala pucuk yang digunakan adalah ‘pucuk rebung.’

apk 3
Pucuk yang dinamakan sebagai pucuk rebung

Bagi memelihara warisan kebangsaan kita, orang ramai perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan budaya dan menanam semangat menghargai warisan budaya dalam jiwa generasi akan datang agar memastikan khazanah negara ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!