Jangan Sesekali Memandu Meredah Banjir

Hujan lebat kebelakangan ini telah mengundang bencana alam berlaku di beberapa kawasan. Kenaikan air di jalan raya menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Apakah tindakan yang wajar diambil oleh setiap pengguna jalan raya? Persoalan meredah jalan banjir atau tidak sentiasa bermain di minda mereka yang tersadai di jalan. Tahukah anda langkah meredah banjir boleh mengancam nyawa?

Risiko meredah banjir

Ya, benar! Ramai yang mengambil tindakan drastik dengan memandu di jalan yang telah dibanjiri air. Anda tidak sama sekali dibenarkan untuk meredah jalan yang telah dinaiki air. Aliran arus air yang deras boleh menghanyutkan kenderaan yang dipandu oleh seseorang sehingga menyebabkan kehilangan kuasa untuk mengawal kereta sendiri.

Walaupun mempunyai kenderaan tinggi, anda tidak sama sekali dibenarkan meredah banjir yang mempunyai air melebihi kedalaman satu pertiga daripada tayar kereta anda.

Ketinggian air berikut boleh menyebabkan tayar kenderaan mudah terapung di air sehingga menyebabkan anda sukar mengawal stereng kereta. Kegagalan meredah banjir dengan kederasan air laju boleh menyebabkan air banjir memasuki ke dalam kereta lalu melemaskan pemandu serta penumpang dalam kenderaan.

Selain itu, air deras juga akan menyukarkan proses anda keluar daripada kereta kerana pintu tidak boleh dibuka melawan aliran air. Tindakan melulu ini turut mengakibatkan mereka terkandas di tengah-tengah banjir.

Tindakan Sewajarnya

Bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada musim banjir yang telah melanda di beberapa kawasan di negara ini, para pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati dengan tindakan yang diambil semasa melalui jalan raya.

Tunggu sehingga air surut di jalan sebelum meneruskan perjalanan anda. Pastikan tidak memandu laju kerana ia amat bahaya terutamanya apabila melalui jalan yang dinaiki air kerana boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan akibat akuasatah ‘aquaplaning’.

Pastikan memandu dengan kelajuan tetap dan gear rendah supaya tidak menyebabkan air bergelombang di hadapan serta sentiasa mengamalkan jarak selamat antara kenderaan hadapan semasa anda melalui jalan yang tidak mempunyai kedalaman tinggi.

Sediakan alat kecemasan seperti gunting dan tukul cermin untuk digunakan apabila menghadapi situasi tidak diingini dan sentiasa membuka cermin kenderaan supaya mudah keluar daripada kenderaan apabila air memasuki kenderaan.

Ingat, sentiasa berwaspada dengan tindakan anda!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!