Proton X50 Lebih Canggih Daripada Proton X70, Ketahui Perbezaan Antara Dua SUV

Kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Proton pertama iaitu Proton X70 telah mendapat perhatian ramai kerana mempunyai pelbagai ciri asas yang unik dan menarik. Tidak terlepas juga model terbaharu Proton X50 yang menjadi buah mulut ramai. Terdapat banyak persoalan antara mereka untuk mengetahui perbezaan dua buah kenderaan SUV ini kerana ramai telah menanti-nantikan produk baharunya. Bagi memberi gambaran jelas terhadap kegunaan dan ciri asas kedua-dua buah kenderaan, disenaraikan beberapa perbezaan SUV Proton:

Ciri-Ciri Asas

Ciri asas yang terdapat pada kedua-dua modal kereta ini adalah lima tempat duduk, mempunyai arahan suara, reka bentuk yang canggih, kabin yang lapang dan selesa. Ia juga menggunakan teknologi tinggi dengan kerjasama syarikat China-Zhejiang Geely Holding Group (Geely) untuk menghasilkan arahan suara dan sebagainya bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Pilihan warna adalah bahagian kegemaran pembeli kenderaan kerana ia menyerlahkan gaya setiap pemiliknya. Oleh itu, Proton X50 hadir dengan enam jenis warna bagi semua variannya yang terdiri daripada warna Snow White, Armour Silver, Citric Orange, Ocean Blue, Passion Red dan Jet Grey. Manakala bagi PRoton X70 pula, hanya terdapat lima jenis warna berbeza yang bergantung pada varian pilihan iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Ruby Red.

Selain itu, model baharu Proton X50 mempunyai kapasiti bahan api sebanyak 45 liter iaitu berbanding dengan Proton X70 yang mempunyai kapasiti sebanyak 60 liter. Penggunaan bahan api bagi Proton X50 adalah 6.4 liter per 100 km manakala Proton X70 menggunakan 7.8 liter per 100 km. Ia menunjukkan kereta SUV baharu lebih jimat dari segi penggunaan minyak daripada modal lama.

Harga

Dari segi harga, kedua-dua kereta SUV Proton ini tidak mempunyai jurang perbezaan yang tinggi di mana X50 dijual di pasaran dengan harga sekitar RM 79,200 sehingga RM 103,300. Manakala, Proton X70 boleh didapati dari harga RM 94,800 hingga RM 122,800.

Spesifikasi Teknikal

Penggunaan enjin bagi kedua-dua SUV keluaran Proton berbeza iaitu 1.5 liter engin petrol digunakan bagi model X50 manakala 1.8 liter digunakan untuk X70. Ia juga mempuyai transmisi automatik dengan 7-kelajuan.

Secara khususnya, Proton X70 menggunakan enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI) yang menghasilkan kuasa 181 hp dan tork 285Nm pada 1,500 rpm.

Proton X50 pula mendapat perhatian tinggi bagi penggunaan enjin berteknologi tinggi yang dibangunkan bersama Volvo dan Geely. Terdapat dua enjin berbeza iaitu 1.5 liter Turbocharge Multipoint Injection (MPI) dengan janaan kuasa 150PS dan 226Nm dan 1.5 litre Gasoline Direct Injection (GDI) tiga-silinder petrol yang menjana 177PS dan 255 Nm Tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm.

Ciri Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan adalah penting untuk memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya. Ramai suka dengan kereta yang mempunyai ciri keselamatan asas dan khusus demi menjaga diri mereka apabila memandu kenderaan.

Antara ciri-ciri keselamatan umum yang terdapat di kedua-dua SUV ini adalah beg udara, sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek, Sensor Parkir, Lampu Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Amaran Pelepasan Laluan (LDW), Fungsi Pengesan Titik Buta, kamera mengundur, pemeriksaan tekanan angin dan lain-lain keselamatan asas.

Dari segi perbezaan pula, Proton X50 mempunyai sistem baharu iaitu sistem memarkir kenderaan sendiri. Ia telah menggunakan teknologi tinggi untuk membantu pemandu agar boleh meletakkan kenderaan di petak parking secara mudah serta menjimatkan masa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!