Kek Cawan Unik Menarik Minat Pemanis Mulut, Kek Ke-8 Adalah Kegemaran Ramai

Kek comel yang dibuat dalam cawan kecil telah mendapat sambutan orang ramai kerana bentuk saiznya yang mudah dimakan dan sesuai dihidang dalam majlis sosial. Kek cawan merupakan sejenis pemanis mulut yang digemari ramai tanpa mengira usia dan budaya. Selain saiznya, ia kini didapati dalam beraneka jenis yang mudah dimakan. Disenaraikan beberapa kek cawan gabungan cita rasa Malaysia yang mesti ramai suka:

gula melaka 3
Sumber: Instagram @thekakeryperth

1) Kek Cawan Pandan Gula Melaka

Pandan dan gula melaka merupakan antara bahan makanan asas rakyat Malaysia yang digemari oleh setiap individu. Gabungan kedua-dua bahan ini untuk menghasilkan kek cawan adalah antara perkara unik dilakukan untuk menambah cita rasa orang ramai. Kemanisan gula melaka meleleh ditengah-tengah kek pandan yang dihias dengan krim mentega adalah segala yang diperlukan bagi memenuhi cita rasa peminat pemanis mulut.

teh tarik
Sumber: Instagram @thekakeryperth

2) Kek Cawan Teh Tarik

Abang! Teh Tarik satu, inilah antara minuman kegemaran warganegara yang tidak boleh dipisahkan daripada mereka. Teh dibancuh bersama susu pekat untuk memberi keenakan rasa yang tidak terhingga kini telah dijadikan kombinasi kek cawan yang diminati ramai. Ia dibuat dengan bahan-bahan kek biasa ditambah teh dan dihiasi dengan toping krim susu pekat diatas untuk menyerlahkan keenakan teh tarik asli!

milo
Sumber: Instagram @fluffbakery

3) Kek Cawan Milo Dinosaur

Milo adalah antara minuman kegemaran setiap isi rumah di negara kita yang kini telah lebih dikenali di pasaran dunia. Minumam tenaga dan berkhasiat ini telah diinovasikan kepada makanan seperti Roti Canai Milo, Apam Balik Milo, Pisang Goreng Milo dan sebagainya mengikut kreativiti mereka. Tidak terlepas juga penggunaan Milo untuk penghasilkan kek cawan yang kaya dengan perisa coklat serta mengekalkan rasa aslinya. Adunan kek dibuat daripada Milo dan menghiasi permukaan atasnya dengan
serbuk Milo.

sirap
Sumber: Instagram @wakebakebytrahziman

4) Kek Cawan Sirap Bandung

Air minuman yang biasa dijual ditepi jalan dan sesuai diminum pada musim panas kini dijual sebagai perisa kek cawan. Ia adalah sejenis kek cawan paling digemari oleh kanak-kanak kerana bau aroma sirap ditambah dengan rasa lemak susu pekat manis yang dimasukkan dalam adunannya. Memang enak untuk dimakan bersama keluarga sebagai minuman petang!

gula melaka
Sumber: Instagram @lovebitsbylin

5) Kek Cawan Onde Onde

Onde-onde adalah sejenis kuih tradisional dan makanan ringan tempatan yang gemar dimakan pada waktu pagi atau petang bersama rakan atau keluarga. Berinspirasikan kuih tradisional popular ini, kek cawan onde-onde telah mula dijual di mana kek pandan diisi dengan gula melaka cair dan dilapisi bersama krim kelapa dan kelapa parut untuk memberi kekayaan rasa onde-onde.

durian
Sumber: Instagram @something.different.kk

6) Kek Cawan Durian Hokkaido

Kenali sebagai raja buah, durian adalah satu-satunya buah yang mempunyai aroma yang kuat serta diminati oleh orang Asia. Terdapat pelbagai makanan dihasilkan daripada buah tropika ini termasuk baru-baru ini kek cawan Durian Hokkaido menjadi rebutan di kalangan orang muda dan tua. Ditambah dengan pulpa durian di dalam kek cawan, ia telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat terutamanya ketika musim berbuah. Pencinta Durian, jangan lupa makan kek edisi terhad ini!

kaya pandan
Sumber: Instagram @munchandgrind

7) Kek Cawan Kaya Pandan

Roti bakar adalah sarapan kegemaran rakyat dan pelancong di Malaysia. Roti dengan sapuan mentega atau kaya adalah kombinasi paling lazat untuk dimakan bersama kopi pada waktu pagi. Berinspirasikan dengan sarapan pagi terkenal Malaysia, kek cawan kaya pandan telah mula dibuat untuk memenuhi cita rasa pelanggan.

kaya pandan 1
Sumber: Instagram @munchandgrind

Kek pandan disaluti kaya ditengah-tengah adalah kombinasi paling sedap untuk dimakan bersama rakan-rakan!

cendol
Sumber: Instagram @nuruldesserts

8) Kek Cawan Cendol

Satu lagi pencuci mulut terkenal dalam negara adalah Cendol di mana ia diperbuat daripada santan untuk memberi rasa lemak yang kaya ditambah jeli hijau daripada tepung beras, gula melaka, kacang, jagung dan sebagainya untuk menambahkan rasa manisnya. Sejurus itu, kek cawan cendol mula dijual secara luas dengan perisa cendol sebagai asas kek yang dihiasai bersama krim santan, taburan jeli hijau dan gula melaka di atasnya. Memang enak untuk dimakan pada bila-bila masa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

6 Pengabaian Penjagaan Menjadi Punca Kebocoran Radiator

Radiator adalah antara komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi sebagai penyejuk sistem operasi enjin. Kegagalan penjagaan boleh menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas ‘overheating’ dan...

Ketahui Istilah-Istilah Digunakan Dalam Pengurusan Fleet

Adakah anda mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam pengurusan fleet? Ramai pelanggan keliru dengan beberapa istilah yang digunakan ketika menghantar kenderaan SPANCO ke pusat servis....

6 Titian Kanopi Di Malaysia Yang Wajib Anda Kunjungi Terutamanya No. 5

Adakah anda bosan melakukan aktiviti sama di hujung minggu seperti membeli-belah, lepak di taman, makan di kedai dan lain-lain? Ayuh cuba aktiviti baru yang...

8 Makanan Baba Nyonya Yang Popular Terutamanya No. 7

Makanan Baba dan Nyonya atau dikenali juga sebagai Peranakan sangat terkenal di Malaysia khususnya di negeri Melaka kerana keunikan masakan mereka yang mempunyai gabungan...

Tahukah Anda Perbezaan Penapis Udara Enjin Dan Penapis Udara Kabin

Penapis udara merupakan komponen penting kenderaan yang berfungsi sebagai pembersih udara dalam sistem pendingin hawa. Penapis udara enjin dan penapis udara kabin adalah dua...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!