Rasa Mual Dengan Bau Hapak Kenderaan, Amalkan 7 Petua Ajaib Ini

Bau yang kurang menyenangkan dalam kenderaan boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa sepanjang melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi. Faktor penggunaan bahan bagi kenderaan baharu dan kelembapan bahagian dalaman sering menjadi punca wujudnya bau busuk ini. Ramai mudah berasa mual dan pening apabila menaiki kenderaan yang berbau demikian. Oleh itu, disenaraikan beberapa petua daripada barang semula jadi yang boleh membantu anda menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dalam kenderaan.

1) Serbuk Kopi

Tahukah anda serbuk kopi dalam bilik dapur anda boleh menghapuskan bau kereta? Selain sebagai minuman, ia boleh digunakan untuk menyerap aroma yang kurang menyenangkan di sesuatu tempat termasuk dalam kereta. Anda hanya perlu mengikat sedikit serbuk kopi dalam sehelai kain dan letakkannya di ruang yang mempunyai bau tidak diingini. Pastikan letak di kawasan yang tidak mudah kena air supaya mencegah serbuk kopi larut dengan cepat.

2) Soda Penaik

Soda penaik atau baking soda bukan sahaja digunakan sebagai bahan masakan, ia juga salah satu bahan pembersih semula jadi yang mampu menghilangkan bau dan membersihkan kotoran. Sifatnya sebagai penyerap bau busuk boleh menghilangkan sebarang bau dengan cepat dan mudah. Taburkan soda penaik pada lantai kereta atau bahagian yang anda rasa berbau dua hingga tiga jam sebelum membersihkan kawasan berkenaan. Anda boleh juga meletakkannya dalam sebuah bekas kosong dan biarkan dalam kereta bagi tempoh masa seharian.

3) Daun Pandan

Aroma daripada daun pandan memang sangat menyegarkan dan ia terbukti dengan penggunaannya dalam masakan sejak turun-temurun. Bau kuat daripada daun pandan boleh digunakan sebagai pewangi semula jadi dalam kenderaan. Gunakan beberapa helai daun pandan dengan mengikatnya serta gantungkan dalam kereta anda. Terjamin harum dan segar.

4) Limau

Sekiranya terdapat sebarang tumpahan dalam kereta yang mengundang bau busuk pada permukaan kerusi, anda boleh gunakan pewangi semula jadi yang diperbuat daripada limau untuk mengurangkan baunya. Bersihkan kawasan kotor terlebih dahulu dengan air dan kain sebelum anda menyemburkan pewangi limau. Gunakan sebiji limau dalam campuran air dan cuka untuk hasilkan pewangi bagi melawan bau hapak dengan senang.

5) Arang

Ingin menghilangkan bau hapak, busuk atau kepam daripada ruang kenderaan? Arang adalah alat terbaik untuk meresap bau-bau busuk sebelum penyemburan sebarang pewangi. Arang yang diaktifkan atau ‘activated charcoal’ mempunyai daya serapan tinggi di mana ia mampu menyerap unsur hidrogen berdekatan sekaligus menghilangkan bau kurang menyenangkan. Isikan arang dalam kain kapas dan letakkan ia di dalam kenderaan supaya ia menyerap bau busuknya.

6) Cuci Kereta

Bersihkan dahulu kenderaan anda seandainya terdapat bau busuk akibat air banjir, tumpahan minuman atau makanan, barang basah dan sebagainya. Sentiasa pastikan mencuci segera dan mengelap bahagian kabin kereta sekiranya ia kotor. Jangan lupa untuk bersihkan karpet kerana ia adalah bahagian paling mudah untuk kotor.

7) Daun Limau Purut

Daun limau purut yang biasa digunakan dalam masakan terbukti mempunyai aroma luar biasa. Satu helai daun mempunyai bau wangi kuat yang mampu mewangikan sesuatu ruang. Gunakan satu hingga tiga helai daun limau purut dan letakkan dalam kenderaan seperti daun pandan sebagai pewangi semula jadi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!