Kopi Break Di 7 Kafe Santai

Hazelnut? Latte? Americano? Nescafe? Peminat kopi tegar mesti sentiasa mempunyai kekeliruan dalam memilih ‘coffee of the day’ mereka di kafe kegemarannya. Kopi adalah satu-satunya minuman yang mempunyai pelbagai rasa di dunia ini yang bermula dari tahap manis hingga pahit. Gabungan aroma dan rasa yang pelbagai dalam secawan kopi boleh mengubah mood seseorang. Dengan ini, disenaraikan berikut beberapa kafe kopi sedap bagi anda cuba:

plant 1
Sumber: Instagram @plantandpotstudio

1) Plant & Pot Studio

Selamat datang ke kafe alam sekitar! Sipping Corner iaitu kafe kecil dalam Plant & Pot di Ampang adalah syurga alam sekitar bagi setiap individu.

plant
Sumber: Instagram @plantandpotstudio

Disamping menjual pokok-pokok hiasan, kafe ini menyediakan kopi dan kek terhad bagi para pelanggannya untuk menjamu selera di kawasan yang dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang menenangkan.

plant @foodnotforsale
Sumber: Instagram @foodnotforsale

Creamy Mocha, Creamy Matcha, Gula Melaka Matcha Latte dan Flat White adalah antara signature coffee mereka yang perlu anda cuba!

snacksbee_
Sumber: Instagram @snacksbee_

2) Chong Kok Kopitiam

Tiada kopi di Malaysia yang boleh menandingi rasa kopi klasik atau tradisionalnya. Bermula operasi sejak tahun 1940, Chong Kok Kopitiam berhampiran stesen kereta api Klang menyediakan kopi Hainanese dan sarapan pagi paling sedap di kawasan Klang.

2. projecttartz12
Sumber: Instagram @projecttartz12

Nasi Lemak, Telur Masak Separuh, pelbagai jenis roti bakar dan kuih-muih tradisional adalah hidangan terkenal di sini. Pastikan datang awal jika anda tidak ingin terlepas peluang rasa keenakan makanannya.

28 jussujuice.my
Sumber: Instagram @jussujuice.my

3) 28 Fireplace

Menghirup secawan kopi dalam persekitaran hangat adalah gabungan sempurna pada musim hujan ini. 28 Fire Place di Jalan Ampang adalah tempat sesuai untuk anda berbuat demikian pada musim ini. Tempat selesa dengan hiasan dalaman ala barat bersama perapian menjadikan ia sebuah kafe yang diminati ramai.

a. 28
Sumber: Instagram @28fireplace

Firebomb, Hand Brewed Coffee, Caramel Macchiato dan Aussie Iced Coffee adalah antara kopi yang mendapat sambutan pelanggan.

1. alcea
Sumber: Instagram @alceacoffee

4) Alcea Coffee

Kopi yang baru dibuat oleh Alcea Coffee yang terletak di Cyberjaya mendapat sambutan hangat daripada para pelanggannya. Setiap cawan kopi dibuat khas menggunakan mesin kopi yang diimport bagi mengekalkan rasa keaslian setiap kopinya.

2. alcea
Sumber: Instagram @alceacoffee

Piccolo Latte, Cappuccino, Espresso dan Cold Brew White adalah antara kopi terkenal di Alcea disamping makanan barat mereka.

2. kaffee
Sumber: Instagram @kaffe.16

5) Kaffe 16

Kafe baru yang menarik perhatian ramai kerana kecantikan reka bentuk dan tempat duduk santai di Kuala Lumpur menjadi buah mulut warga Lembah Klang.

kaffe.16
Sumber: Instagram @kaffe.16

Kaffe 16 yang terletak bersebelahan kedai coklat Beryl’s mempunyai menu kopi sedap yang terdiri daripada Filter Coffee, Hot Chocolate, Espresso dan sebagainya.

1. kaffee.16
Sumber: Instagram @kaffe.16

Anda boleh mengambil gambar-gambar cantik di sini sambil menjamu selera dalam kafe yang tenang ini.

urban
Sumber: Instagram @urbandaybreak

6) Urban Daybreak

Jika anda teringin minum kopi ala Australia, Urban Daybreak di Bangsar adalah tempat sesuai untuk mencuba kope pelbagai rasa.

urban 1
Sumber: Instagram @urbandaybreak

Kafe yang baru dibuka telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan yang bukan sahaja peminat kopi malah ramai orang mengunjungi untuk menjamu selera makan lewat pagi ‘brunch’.

urban 3
Sumber: Instagram @urbandaybreak

Espresso, Ristretto, Honey Later, Cinnamon Iced Chocolate, Creme De Cacao, Mint Mocha Latte dan Iced Coconut Latte adalah antara menu yang disediakan oleh mereka.

nikonekomatcha
Sumber: Instagram @nikonekomatcha

7) Niko Neko Matcha

Peminat Match kini boleh menambah Niko Neko Match dalam senarai kafe kegemaran anda kerana mereka menyediakan Matcha paling sedap di Malaysia. Barista Niko menyediakan Matcha dengan teknik khusus bagi menyerlahkan kelazatan asli minuman ini bagi para pelanggannya.

niko
Sumber: Instagram @nikonekomatcha

Terdapat juga pencuci mulut lain seperti kek dan pastri berinti matcha disediakan bagi memvariasikan menu mereka.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!