Betul Ke Penapis Minyak Bersebelahan Enjin? Kenali Komponen Dalaman Kenderaan

Tahukah anda kesemua komponen dalaman kenderaan? Ramai mempunyai kereta tetapi tidak tahu kebanyakan komponen dalaman yang memainkan peranan penting bagi mengerakkan kenderaannya. Setiap komponen tersebut mempunyai fungsi khusus yang membantu dalam proses menghidupkan kenderaan. Ketahui beberapa komponen tersebut seperti berikut:

1) Enjin

Enjin adalah ibarat jantung bagi kenderaan. Ia merupakan komponen paling berharga yang perlu dijaga dengan baik supaya tidak mengalami kerosakan secara kerap. Enjin juga adalah komponen terbesar yang terletak di bahagian bonet kenderaan. Penyenggaraan perlu dilakukan berdasarkan panduan yang disarankan oleh pengeluaran kenderaan bagi memastikan enjin berfungsi secara optimum.

2) Radiator

Radiator atau lebih dikenali sebagai tangki air memainkan peranan penting dalam pengoperasian enjin kenderaan. Ia berfungsi sebagai sistem penyejukan enjin yang mengawal suhunya daripada kepanasan. Kegagalan penjagaan radiator boleh menjejaskan perjalanan anda. Pastikan sentiasa memeriksa cecair penyejuk sebelum melakukan perjalanan.

3) Bateri

Bateri merupakan nyawa bagi sesebuah kenderaan. Kereta tidak boleh dihidupkan sekiranya bateri tidak dijaga dengan baik. Ia berfungsi sebagai pembekal arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri boleh mudah mengalami kerosakan jika tidak melakukan penyenggaraan dari semasa ke semasa. Ia terletak pada bahagian hadapan kenderaan di mana terdapat dua terminal bateri yang terdiri daripada terminal positif dan negatif.

4) Timing Belt

Ramai terlepas pandang akan kedudukan timing belt yang terletak betul-betul di tepi enjin. Ia berfungsi untuk menggerakkan crankshaft dan camshaft iaitu alat yang menggerakkan injap enjin dalam kenderaan. Alat ini mempunya jangka hayat terhad yang bergantung sepenuhnya dengan keadaan getahnya. Anda perlu tukar timing belt jika ia telah putus atau longgar dengan segera.

5) Penapis Minyak Enjin

Pernahkah anda perasaan terdapat kesan minyak berwarna hitam di kawasan parkir kereta? Minyak enjin ataupun minyak hitam merupakan pelincir yang berfungsi untuk membersihkan dan menyejukkan komponen dalaman enjin. Pengisian minyak enjin biasanya dilakukan pada bahagian hadapan kenderaan melalui ruang kecil bagi menuang minyak tersebut. Ia perlu disenggara supaya ia tidak membebankan enjin dan memastikan enjin berfungsi dengan optimum.

6) Brek

Brek adalah komponen keselamatan kenderaan yang ramai pemandu tidak mengetahui kedudukannya dalam kenderaan. Terdapat dua jenis brek yang digunakan oleh pengeluar kenderaan iaitu brek cakera dan brek gelendong. Kedua-dua brek ini terletak pada roda kenderaan. Pemandu perlu memastikan sistem brek berada dalam keadaan baik supaya dapat mengawal kenderaan pada waktu tidak terduga.

7) Penapis Udara

Pernahkah anda membersihkan penapis udara kenderaan? Ia merupakan satu alat yang menapis segala benda asing seperti habuk dan serpihan kotor daripada memasuki enjin. Sekiranya penapis udara kotor, ia akan mengurangkan prestasi enjin kenderaan. Oleh itu, pastikan untuk membersihkan penapis udara dari semasa ke semasa supaya ia tidak menganggu penjalanan anda.

8) Penapis Minyak Petrol

Penapis minyak petrol atau dikenali sebagai fuel filter adalah alat penting di dalam kenderaan. Ia berperanan sebagai penapis kotoran dari minyak petrol sebelum melalui kebuk pembakaran. Enjin akan berasa berat dan susah untuk menghidupkan kenderaan jika penapis ini sumbat dengan kekotoran. Sentiasa lakukan penyenggaraan atau memeriksa keadaannya dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan antara komponen dalaman kereta yang setiap pemilik kereta perlu ketahui lokasinya agar memudahkan anda untuk memeriksa sebarang kerosakan. Bagi pelanggan SPANCO anda sentiasa digalakkan melakukan penyenggaraan kenderaan berkala seperti yang telah ditetapkan dalam jadual penyenggaraan anda. SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Jangan Sesekali Memandu Meredah Banjir

Hujan lebat kebelakangan ini telah mengundang bencana alam berlaku di beberapa kawasan. Kenaikan air di jalan raya menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya untuk menuju...

Proton X50 Lebih Canggih Daripada Proton X70, Ketahui Perbezaan Antara Dua SUV

Kenderaan utiliti sukan (SUV) keluaran Proton pertama iaitu Proton X70 telah mendapat perhatian ramai kerana mempunyai pelbagai ciri asas yang unik dan menarik. Tidak...

Sediakan Payung Sebelum Hujan, Tindakan Menghadapi Banjir

Persediaan awal menghadapi sesuatu bencana adalah penting sebagai langkah penjagaan awal terutamanya ketika musim tengkujuh. Kenaikan air di beberapa kawasan khususnya kawasan berisiko banjir...

Kek Cawan Unik Menarik Minat Pemanis Mulut, Kek Ke-8 Adalah Kegemaran Ramai

Kek comel yang dibuat dalam cawan kecil telah mendapat sambutan orang ramai kerana bentuk saiznya yang mudah dimakan dan sesuai dihidang dalam majlis sosial....

Metalik Atau Solid? Ketahui Jenis Cat Kenderaan

Memilih cat kenderaan yang menawan serta menyerlahkan gaya adalah keinginan setiap pemilik kenderaan. Hitam, merah, putih, berkilat dan sebagainya adalah antara persoalan yang sentiasa...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!