8 Kedai Sisa Sifar ‘Zero Waste’ Di Lembah Klang

Pengamalan kehidupan sisa sifar atau zero waste amat sukar untuk dilakukan secara segera. Ia merupakan satu amalan hidup yang perlu dimulakan dengan mengambil ‘baby step’. Bagi sesiapa yang ingin mengubah cara hidup anda dengan menjaga persekitaran, anda boleh mengunjungi kedai-kedai berikut untuk membeli bahan sisa sifar seperti berikut:

the hive
Sumber: Facebook The Hive Bulk Foods

1) The Hive Bulk Foods

Kedai penjualan barang sisa sifar terkenal di Malaysia dengan menawarkan lebih dari 300 bahan, The Hive Bulk Foods mempunyai dua cawangan di Ampang dan Bangsar. Bermula dari bahan harian hingga bahan keperluan asas seperti produk kecantikan dijual secara pukal.

the hive 3
Sumber: Facebook The Hive Bulk Foods

Berus gigi buluh, menstrual cup, mentega, biji kopi, syampu bar dan sebagainya terdapat di sini.

the hive 4
Sumber: Facebook The Hive Bulk Foods

The Hive juga mengadakan bengkel mingguan untuk memberi pendedahan mengenai cara pengamalan sisa sifar dalam kehidupan harian.

byob 1
Sumber: Instagram @byobdamansarakim

2) BYOB (Bring Your Own Bottle)

Penggunaan plastik memang sukar untuk dielakkan dalam kehidupan seharian. Namun, anda boleh mengubahnya dengan penggunaan semula atau mengganti dengan penggunaan bahan sisa sifar. Sebagai inisiatif mengurangkan penggunaan plastik, BYOB iaitu kedai Bring Your Own Bottle di Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Kajang menjual barang kebersihan rumah hingga peribadi dengan mengisi semula botol plastik atau gelas pelanggan.

byob 2
Sumber: Instagram @byobdamansarakim

Pencuci pakaian, pelembut kain, pembersih lantai, pembersih dapur, produk mencuci kereta dan lain-lain produk pencucian alam sekitar dijual oleh BYOB dalam bentuk timbang dengan harga berpatutan.

seedy ig 1
Sumber: Instagram @seedy_sero_waste_store

3) Seedy Zero Waste

Warga Kota Kemuning, ini adalah masa untuk anda gembira kerana anda boleh membeli produk sisa sifar berdekatan dengan rumah di Seedy Zero Waste. Kedai ini menjual pelbagai bahan yang terdiri daripada barang masakan, biji-bijian, buah kering, produk kecantikan, cecair pembersih dan sebagainya bagi keperluan harian anda.

seedy
Sumber: Instagram @seedy_sero_waste_store

Terdapat juga pasta, mee, tepung gandum dan bahan organik lain dijual kepada orang awam sebagai satu langkah mulakan gaya hidup sihat.

seedy 2
Sumber: Instagram @seedy_sero_waste_store

Anda juga boleh menyumbang bahan berasaskan plastik di Seedy bagi mereka mengitar semula. Pastikan membawa bekas dan beg sendiri jika anda mengunjungi Seedy!

a bit fb
Sumber: Facebook A Bit Less Bulk Store

4) A Bit Less Bulk Store

Luas, teratur dan minimal, A Bit Less Bulk Store yang terletak di Kepong Baru adalah tempat sesuai untuk mereka yang ingin membeli barang sisa sifar dengan tenang.

a bit fb 4
Sumber: Facebook A Bit Less Bulk Store

Selain produk harian biasa dan penjagaan diri, anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan sayur-sayuran organik segar, telur, kekacang, rempah ratus, bijiran, minyak dan sebagainya di sini.

a bit fb 2
Sumber: Facebook A Bit Less Bulk Store

Terdapat juga bekas makanan dan plastik silikon untu kegunaan harian yang lebih mapan.

kinder
Sumber: Instagram @kindersoaps

5) The Kinder Soap

Adakah anda mencari syampu dan sabun bebas daripada bahan kimia? The Kinder Soap adalah tempat sesuai untuk anda membeli sabun bebas kimia bagi kegunaan harian. Sesiapa yang mempunyai kulit sensitif boleh cuba mengunjungi kedai ini yang terletak di Damansara Utama untuk mendapatkan penyelesaian bagi kulit anda.

kinder ig
Sumber: Instagram @kindersoaps

Sabun Goat’s Milk and Patchouli, The Mane Event, DreamTime dan Tangy Lavender merupakan antara sabun yang mendapat sambutan daripada pelanggan mereka.

earth ig 1
Sumber: Instagram @zerowasteearthstore

6) Zero Waste Earth Store

Zero Waste Earth Store yang terletak di Setia Alam adalah kedai yang menjual bahan sisa sifar secara pukal. Hanya bermula pada tahun 2019, ia agak terkenal dengan koleksi bahan-bahan keperluan yang diinginkan oleh pelanggannya. Rempah-ratus, makanan ringan, sabun, minyak dan sebagainya terdapat di sini.

earth
Sumber: Instagram @zerowasteearthstore

Ibu bapa boleh mendapatkan makanan organik sihat untuk kanak-kanak mereka dengan harga berpatutan. Anda perlu membawa bekas sendiri untuk membeli bahan di Zero Waste Earth Store.

nude 4
Sumber: Facebook nudezerowaste

7) NUDE The Zero Waste Store

Jika anda berada di sekitar kawasan Petaling Jaya, anda boleh mengunjungi NUDE The Zero Waste Store untuk membeli bahan-bahan sisa sifar. Terdapat pelbagai jenis bahan asas keperluan harian, produk kecantikan dan sebagainya dijual dengan harga yang berpatutan. Semua bahan di NUDE adalah bahan organik yang selamat untuk dimakan dan digunakan.

nude 2
Sumber: Facebook nudezerowaste

Anda hanya perlu membawa botol sendiri untuk membeli barang dan dikehendaki menimbangnya sebelum dan selepas pembayaran.

null ig
Sumber: Instagram @nullzerowastefactory

8) Null Zero Waste Factory

Adakah anda mencari produk penjagaan diri yang bebas daripada bahan kimia untuk seisi keluarga? Null Zero Waste Factory telah memudahkan pencarian anda dengan menghasilkan produk bebas bahan kimia untuk kegunaan bayi hingga orang dewasa.

null ig 1
Sumber: Instagram @nullzerowastefactory

Sabun tangan, sabun mandi dan rambut, pembersih rumah, tandas dan sebagainya dijual di sini. Anda tidak perlu susah mencari kedainya kerana mereka mempunyai beberapa kedai serbaneka di Lembah Klang seperti Sogo, Metrojaya, Damansara dan lain-lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!