6 Langkah Mudah Pengamalan Sisa Sifar ‘Zero Waste’

Sisa sifar atau lebih dikenali sebagai ‘Zero Waste’ adalah satu langkah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kesedaran dan pengamalan mengitar semula bahan kegunaan harian adalah penting demi menjaga bumi kita. Berikut disenaraikan beberapa langkah mudah untuk memulakan kegiataan zero waste dari rumah:

pexels-eva-elijas-5503338

1) Kompos

‘Kompos’ tidak terhad dengan sisa makanan sahaja. Tahukah anda banyak barang yang digunakan seharian sebenarnya boleh dikompos? Kertas, kotak, tisu, rambut, keratan kuku dan sebagainya boleh digunakan untuk proses ini. Kompos adalah satu proses menguraikan barang kitar semula untuk kegunaan yang lebih berfaedah. Anda boleh mulakan proses kompos dengan mengumpul sisa makanan dengan barang kering dalam satu bakul dan kemudian menggunakannya sebagai baja organik.

recycle bag

2) Elakkan Penggunaan Plastik

‘Plastik’! Hampir setiap hari ramai menggunakan bahan plastik dalam kehidupan seharian mereka. Tahukah anda plastik adalah antara bahan yang mengambil masa yang lama untuk terurai dan memberi kesan buruk kepada alam sekitar? Anda boleh elakkan penggunaannya dengan membawa beg kitar semula sendiri apabila membeli bahan runcit. Gantikan penggunaan bekas plastik dengan bekas makanan keluli tahan karat dan gunakan botol air tumbler.

bamboo brush

3) Fokus Pada Bahan

Pernahkah anda memberi tumpuan pada jenis bahan yang anda beli? Setiap barang yang anda beli sebenarnya menyumbang kepada pencemaran alam sekitar kerana banyak barang dijual dalam bentuk plastik atau bahan yang tidak boleh dikitar semula. Anda kini boleh lebih berwaspada semasa beli barang dengan membaca butiran mengenai cara dan bahan apa yang digunakan untuk menghasilkan bahan tersebut. Anda boleh cuba beli barang yang diperbuat daripada bahan yang boleh dikitar semula seperti kayu, keluli tahan karat atau kaca. Misalnya, gantikan berus gigi dengan berus gigi bamboo yang boleh dikompos balik.

container

4) Simpan Kit Sendiri

Banyak sampah plastik dihasilkan daripada pembelian bahan runcit. Bagi mengurangkan penggunaan plastik di merata tempat anda kini boleh mengamalkan penggunaan bahan kitar semula. Sekiranya anda seseorang yang sering membeli makanan dan minuman di kedai makanan, anda boleh gantikan penggunaan bekas plastik dengan membawa bekas dan botol kaca atau keluli tahan lama. Kini banyak kedai makanan menggalakkan pelanggan mereka membawa bekas sendiri untuk membungkus makanan dan minumannya seperti Starbucks, Tealive, restoran makanan dan lain-lain.

zero waste

5) Beli Barang ‘Zero Waste

Terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang sisa sifar ‘zero waste’ sebagai langkah mengurangkan bahan pencemaran alam sekitar. Ramai boleh dapatkan segala jenis barang di kedai tersebut termasuk barang makanan, minuman, penjagaan badan dan sebagainya. Menariknya membeli-belah di kedai ‘zero waste’ adalah pelanggan perlu membawa bekas sendiri untuk membeli barang. Sekiranya pelanggan tidak membawa bekas sendiri, pihak kedai menyediakan bekas guna semula dengan kadar caj tertentu. Ia adalah satu langkah untuk membendung penggunaan plastik berleluasa.

sigmund-aI4RJ–Mw4I-unsplash

6) Kitar Semula

Amalkan proses kitar semula dari rumah dengan mengagihkan sampah sarap kepada tiga kategori iaitu kertas, plastik dan kaca. Amalan ini perlu dipraktikkan setiap hari supaya anda boleh menguna semula bahan-bahan tersebut atau menghantar ke pusat kitar semula agar mereka melakukan kerja selanjutnya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!