Aksesori Perhiasan Loyang Warisan Kita

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak luput ditelan zaman. SPANCO telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam memartabatkan warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN mempersembahkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Kali ini, PRIHATIN mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk aksesori perhiasan.

SPANCO TEMBAGA

Aksesori perhiasan seperti bekas celak dan ikat pinggang wanita telah digunakan pada zaman dahulu sebagai tujuan perhiasan diri. Celak merupakan bahan kosmetik yang diletak disekeliling mata untuk tujuan kecantikan. Bahan celak dahulu dibuat daripada antimoni dan plumbum sulfida, tetapi terdapat juga penggunaan jelaga atau ferum oksida.

SPANCO TEMBAGA

Bekas celak pula terdiri daripada dua alat iaitu bekas utama dan pena celak di mana pena celak dibuat dengan hujungnya tajam dan pemegangannya diukir menggunakan motif flora. Bagi mengaplikasikan serbuk celak dikeliling mata, pena dimasukkan kedalam bekas berisi serbuk celak dan dipakai disekeliling mata.

SPANCO TEMBAGA

Aksesori perhiasan ikat pinggang yang diperbuat daripada loyang pula digunakan oleh kaum wanita untuk mengikat kain sarung serta disimpan sebagai barang kemas mereka. Alat ini menjadi pakaian wanita kebanyakan komuniti di alam Melayu untuk mengikat kain didalam baju atau diatas kain sebagai perhiasan. Misalnya, wanita Iban mengenakan pakaian ikat pinggang sebagai hiasan diatas kain, bukan untuk mengikat kain. Orang Melayu secara tradisi memakai ikat pinggang luar dan dalam, terpulang kepada upacara dan adat.

Orang Kelantan dan Pattani menggunakan istilah ikat pinggang sebagai ‘ikat pending’. Satu ikat pinggang adalah daripada Kelantan yang bermotifkan bunga dan satu dari Pattani bermotifkan dua ekor ikan. Ikat pinggang Pattani mempunyai kandungan tembaga lebih tinggi di mana warna lebih perang dan ikat pinggang Kelantan lebih putih.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!