Ancaman Di Jalan Raya, Ketahui Aspek Keselamatan Berbasikal

Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal semakin popular di kalangan orang ramai. Setiap hujung minggu atau pada waktu petang anda boleh melihat ramai berbasikal di kawasan terbuka atau di tepi jalan raya secara berseorangan atau berkumpulan. Hal ini kini telah menjadi isu terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan di jalan raya. Oleh itu, bagi mengatasi sebarang masalah adalah penting bagi penunggang basikal menjaga aspek keselamatan semasa berbasikal di jalan raya seperti berikut:

1) Topi Keledar

Topi keledar bukan sahaja penting bagi penunggang motosikal malah ia adalah sangat penting bagi penunggang basikal. Pastikan anda sentiasa memakai topi keledar yang bersesuaian dengan saiz kepala dan dipakai dengan betul demi menjaga keselamatan diri ketika berbasikal. Ia juga penting untuk mengelakkan berlakunya kecederaan teruk apabila berlaku sebarang kemalangan.

2) Berpakaian Cerah

Pakaian yang sesuai semasa berbasikal adalah sangat penting bagi melindungi diri dan memudahkan pengguna jalan raya lain melihat anda berada di jalan raya. Sentiasa berpakaian cerah semasa berbasikal pada waktu gelap demi mengelakkan keadaan tidak terduga. Pilihlah baju berwarna cerah demi mengelak penyerapan haba semasa mengayuh basikal pada waktu panas.

3) Elakkan Berbasikal Secara Beriringan

Adakah anda seseorang yang menunggang basikal secara beriringan? Tahukah anda risiko berbasikal demikian? Berbasikal secara beriringan tidak digalakkan sama sekali kerana ia mengganggu pengguna jalan raya lain serta membahayakan diri sendiri. Jalan raya sibuk dan sempit amat bahaya untuk berbasikal secara beriringan kerana terdapat banyak kenderaan besar lain. Oleh itu, sentiasa pastikan berbasikal dalam satu barisan demi menjaga keselamatan diri dan orang lain.

4) Kekalkan Jarak Selamat

Aktiviti berbasikal perlu dilakukan dengan mengambil beberapa langkah keselamatan. Pastikan menjaga jarak selamat dengan penunggang basikal lain dengan memberi ruang yang secukupnya bagi mereka. Hal ini juga mampu membendung perlanggaran antara penunggang basikal lain.

5) Berbasikal Di Sebelah Kiri

Semasa menunggang basikal seseorang perlu memastikan mengguna laluan jalan raya yang betul. Lorong berbasikal telah disediakan di sesetengah jalan dan sekiranya tiada laluan khas, anda boleh berbasikal di sebelah kiri supaya kenderaan berat tidak mengganggu anda.

6) Gunakan Lampu Basikal

Lampu basikal sangat penting untuk dinyalakan apabila berbasikal pada waktu gelap. Dengan adanya lampu, pengguna jalan raya dapat melihat anda dan boleh memberi laluan untuk berbasikal. Pasangkan lampu putih di hadapan dan lampu merah di belakang supaya pengguna lain dapat melihat anda dengan mudah.

7) Berikan Isyarat

Memberi isyarat semasa menukar lorong atau membelok adalah penting. Basikal tidak mempunyai isyarat belok seperti kenderaan lain jadi anda boleh mengunakan isyarat tangan apabila ingin membelok. Gunakan tangan kiri untuk beri isyarat membelok ke kiri dan tangan kanan dengan menunjukkan ibu jari ke atas bagi belok ke kanan. Bagi berhenti pula, anda pelu memberi isyart dengan membengokkan lengan kiri separuh dan menunjuk isyarat tangan ke bawah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!