Restoran Shell Out Serendah RM15? 8 Restoran Shell Out Menarik Di Lembah Klang

Adakah anda peminat makanan laut? Setiap hujung minggu keliru untuk makan di mana? Apa kata mencuba makan di Shell Out yang menjadi sebutan ramai. Banyak restoran Shell Out kini menyediakan pelbagai jenis makanan laut dalam satu hidangan bagi seisi keluarga. Berikut disenaraikan beberapa lokasi di Lembah Klang untuk membantu anda merancang hujung minggu:

uc
Sumber: Instagram @unclecrab.sa

1) Uncle Crab

Warga Shah Alam yang suka makan ketam boleh mengunjungi Uncle Crab yang terletak di Seksyen 13. Restoran ini dikenali ramai kerana hidangan ketamnya yang bersaiz besar, segar dan sedap dimakan bersama timbunan Shell Out. Bagi sesiapa yang tidak suka makan makanan laut, anda juga tidak perlu bimbang kerana Uncle Crab turut mereka menyediakan makanan Thai dan ala carte lain untuk meningkatkan selera anda.

ombak
Sumber: Instagram @ombakkitchen

2) Ombak Kitchen

‘Pakai tangan jer’ slogan Ombak Kitchen di Bukit Jelutong telah menarik perhatian ramai orang termasuk pelancong untuk menjamu selera di shell out ini. Ketam, udang, sotong, kerang, lala, remis, kepah, kupang, jagung, brokoli dan sebagainya disediakan dalam menu mereka.

ombak kitchen
Sumber: Instagram @ombakkitchen

Terdapat juga hidangan sampingan yang menarik seperti Korean Spicy Chicken Wing, Sup Bawang, Brokoli dengan Keju, Taco Ikan, Sup Cendawan dan sebagainya untuk dinikmati bersama. Sekiranya anda merancang makan di Ombak Kitchen, jangan lupa untuk minta Cajun Spicy Sauce yang mendapat sambutan daripada ramai pelanggan mereka.

shellout
Sumber: Facebook Shell Out

3) Shell Out Kota Damansara

Teringin untuk makan shell out waktu kerja? Tiada teman disamping anda? Jangan risau lagi kerana restoran Shell Out di Kota Damansara menyediakan set lunch box bagi memenuhi keinginan anda. Selain itu, restoran Shell Out sendiri mempunyai keunikan sendiri dengan ruang tempat duduk yang selesa diikuti makanan yang lazat bersama pilihan sos enak. Anda juga boleh memilih dua jenis sos disediakan iaitu Original dan Malaysia Style diikuti memilih tahap kepedasan hidangan untuk dimakan.

shell a lot
Sumber: Instagram @shellalot

4) Shell-A-Lot

Nak makan Shell Out banyak? Marilah berkunjung ke restoran ‘Shell-A-Lot’ untuk makan tanpa had serta risau mengenai kekeringan dompet. Terletak di kawasan Semenyih, Shell-A-Lot mempunyai banyak makanan laut yang terdiri daripada ketam, lobster, lala, kepah, jagung, kupang, kerang, pepahat dan sebagainya dalam saiz besar untuk para pelanggannya memilih ikut cita rasanya.

shell a lot 1
Sumber: Instagram @shellalot

Memang puas hati untuk makan bersama insan tersayang!

ocean
Sumber: Instagram @azizill

5) Ocean Hauz

Teringin buat surprise party untuk kawan dan keluarga? Ocean Hauz adalah lokasi paling tepat kerana mereka menyediakan ruang peribadi khas untuk anda. Setiba di restoran ini, anda perlu memilih makanan laut berdasarkan keinginan anda sebelum duduk di meja makan.

ocean 1
Sumber: Instagram @zughakho

Ocean Hauz terkenal dengan variasi makanan laut yang terdiri daripada Lobster, King Crab, Sotong, Udang, Bamboo Clam dan sebagainya dimasak dalam tiga cara iaitu Spicy Pineapple, Lemon Butter dan Garlic Pepper.

kiensara
Sumber: Facebook Kiensara Kitchen

6) Kiensara Kitchen

Shell Out serendah RM15?? Ya betul! Anda boleh makan shell out dengan harga murah di Kiensara Kitchen yang terletak di Bangi bersama seluruh keluarga dan rakan-rakan tanpa berkira-kira.

kie
Sumber: Instagram @kiensara_kitchen

Seafood yang disediakan oleh mereka disalut bersama resipi rahsia yang terdiri daripada Original, Buttermilk dan 3 Rasa. Anda juga boleh makan hidangan ringan seperti bakso, mee, soto dan sebagainya apabila mengunjung ke Kiensara Kitchen. Jangan takut ia dijamin SEDAP!

dream 1
Sumber: Instagram @misshannaibrahim

7) Ej Dreamika

Ej Dreamika adalah restoran yang bukan sahaja menyediakan Shell Out malah mereka mempunyai menu yang pelbagai seperti western, masakan panas dan ala carte. Perkara paling unik di sini ialah hidangan Shell Out dalam set dulang yang telah berjaya menarik perhatian ramai pelanggan.

dream
Sumber: Instagram @mokhaismail

Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan laut yang segar disediakan dengan tiga sos berbeza. Jangan lupa singgah makan di restoran ini jika anda melalui jalan Batu Caves.

sue
Sumber: Instagram @suetuyashelllaut

8) Sue & Tuya Shell-Laut

Teringin ratah makanan laut sesuka hati? Kunjungilah Sue & Tuya Shell-Laut di Subang Bestari yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut dengan harga berbaloi. Menu baru mereka Miang Pla Sefood telah mendapat sambutan pelanggan selain makanan laut lain dengan empat jenis kuah berbeza.

sue 1
Sumber: Instagram @suetuyashelllaut

Uniknya di restoran ini ialah sambalnya yang dibuat daripada resipi rahsia keluarga yang sedap sehingga menjilat jari.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!