Jom Kenali Kuih Tradisional, No.9 Paling Sedap

Walaupun terdapat pelbagai jenis makanan di Malaysia, ia masih tidak dapat menandingi kuih muih tradisional yang tak lapuk dek zaman. Setibanya waktu petang, ramai orang akan mencari kuih-muih untuk mengisi perutnya dan ramai gemar makan kuih tradisional negara kita yang tidak kurang keenakkannya. Berikut disenaraikan beberapa kuih tradisional Malaysia yang wajib anda cuba.

lepat ubi indah_menawan31
Sumber: Instagram @indah_menawan31

1) Lepat Ubi

Ubi kayu adalah makanan terkenal sejak zaman purba di mana orang ramai makan ubi kayu untuk mengisi perutnya sebagai makanan utama. Kini, ubi kayu telah diinovasikan kepada pelbagai jenis makanan termasuk lepat ubi yang sangat popular dalam kalangan Malaysia.

bakar air_tangan_elly

2) Kuih Bakar Kemboja

Kuih Bakar Kemboja adalah antara kuih tradisional yang kini jarang dimasak dan dijual orang. Ia merupakan kuih yang dibuat daripada tepung, gula, telur, santan dan air daun pandan yang kemudian dibakar menggunakan arang. Keenakan rasa pandan sangat terserlah dalam kuih ini yang sangat popular pada masa dahulu.

karipap anizahnawawi
Sumber: Instagram @anizahnawawi

3) Karipap

Karipap adalah kuih kegemaran semua orang termasuk pelancong luar negara. Kuih ini terdapat dalam pelbagai jenis dimana ramai menggunakan ubi kentang sebagai inti utama. Terdapat juga inti lain seperti ayam, daging, bihun, kelapa, sardin dan sebagainya dimasak berdasarkan selera masing-masing. Karipap sangat popular hingga anda boleh jumpa ia di semua tempat.

wajik tipsbakingkue
Sumber: Instagram @tipsbakingkue

4) Kuih Wajik

Adakah anda peminat kuih manis? Kuih wajik yang diperbuat daripada beras pulut disaluti dengan gula melaka dan dikukus adalah kuih sesuai untuk anda makan. Kemanisan seimbang bersama rasa kenyal semasa makan membuatkan kuih ini diminati oleh orang ramai. Anda boleh dapatkan kuih ini di semua gerai makanan.

putu piring eatmoresg
Sumber: Instagram @eatmoresg

5) Putu Piring

Putu piring berintikan gula melaka cair dan kelapa parut adalah antara kuih tradisional yang mendapat sambutan daripada orang ramai. Keistimewaan kuih ini adalah ia tidak terlalu manis dan sesuai dimakan oleh semua orang pada bila-bila masa. Kuih ini juga enak dimakan ketika musim hujan bersama segelas teh tarik.

kuih seri muka sheeda fb
Sumber: Facebook Sheeda Cookies And Frozen

6) Kuih Seri Muka

Kuih seri muka adalah sejenis kuih talam yang diperbuat dalam talam besar. Ia mempunyai dua lapisan dimana lapisan pertama berwarna putih yang diperbuat daripada pulut dan lapisan atasnya berwarna hijau yang berasaskan telur dan santan. Kini kuih ini dimasak dalam pelbagai warna bagi menarik minat pembeli.

Resepi-Kuih-Lapis-Lemak-Manis (1)
Sumber: esepibonda.my

7) Kuih Lapis

Mesti anda sentiasa jumpa kuih ini di setiap gerai makanan, kuih lapis yang juga dikenali sebagai kuih pelangi adalah kuih paling legend. Berbetuk lebih daripada lima lapisan, kuih ini sangat sedap untuk dimakan begitu sahaja kerana keenakan rasa lemak, manis dan teksturnya yang lembut. Kuih ini asalnya dibuat dalam warna putih dan merah yang kini divariasikan dengan pelbagai warna.

bahulu rasidah_abdul_hamid
Sumber: Instagram rasidah_abdul_hamid

8) Bahulu

Sesiapa yang tidak pernah makan kuih bahulu mesti menyesal tidak dapat rasa keenakan makanan unik ini. Bahulu adalah kuih yang berbentuk kek yang dimasak dalam saiz kecil dan manis untuk dimakan. Terdapat sebanyak tiga jenis kuih bahulu yang terdiri daripada bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Kini ramai menghidangkan kuih tradisional ini ketika musim perayaan sahaja.

lopes sugar_bytes
Sumber: Instagram @sugar_bytes

9) Kuih Lopes

Selain kuih wajik, kuih lopes juga dibuat daripada pulut sebagai bahan utama. Ia sangat popular dalam kalangan orang ramai pada masa dahulu yang suka makannya bersama air gula merah yang pekat. Kuih ini biasanya berwarna hijau yang dikukus dan disalut dengan kelapa parut.

kuih koci fb sheeda cookies n frozen
Sumber: Facebook Sheeda Cookies And Frozen

10) Kuih Koci

Siapa yang tidak suka kelapa? Keenakan kelapa memang luar biasa dan lebih sedap jika makan dalam bentuk kuih. Kuih koci adalah antara kuih tradisional yang kaya dengan rasa lemak daripada santan dan digemari oleh semua orang. Kuih ini sangat lembut dan popular di kawasan pantai timur.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!