Lindungi Cat Kenderaan Dengan Mencuci Kereta Secara Betul, Jangan Sesekali Melangkau Langkah Kelima

Kebersihan kenderaan adalah penting demi berada dalam ruang yang bersih dan selesa. Selain menjaga kebersihan dalaman sesebuah kenderaan ia adalah penting untuk membersihkan bahagian luaran supaya sedap mata memandang. Terdapat banyak kekotoron terkumpul di permukaan luar kenderaan akibat terdedah dengan persekitaran. Adalah penting bagi anda mengetahui cara mencuci kenderaan dengan betul seperti berikut:

1) Sabun Pencuci Kereta

Peralatan utama untuk membasuh kenderaan adalah bahan pencuci. Ramai menggunakan sabun pencuci baju atau pinggan untuk mencuci kenderaan di rumah. Tahukah anda penggunaan sabun tersebut boleh menghakiskan cat kenderaan? Anda digalakkan untuk menggunakan sabun pencuci kereta khas supaya ia membersihkan kenderaan dan mencegah hakisan cat. Siram dahulu kereta anda dengan air sebelum bersihkan dengan sabun.

2) Kain Mikrofiber

Sentiasa gunakan kain mikrofiber atau span lembut semasa mencuci kenderaan anda. Penggunaan kain mikrofiber mudah menyerap air dan menanggalkan kotoran degil serta memberi cucian lebih bersih. Jangan sesekali menggunakan kain buruk lama kerana ia boleh memerangkap habuk pasir hingga meninggalkan kesan calar pada kenderaan. Mulakan cucian dari bahagian atas ke bawah supaya air kotor dari atas tidak mengganggu bahagian lain.

3) Tempat Teduh

Pastikan mencuci kenderaan di kawasan yang teduh bagi mengelakkan bahang matahari meninggalkan kesan tompokan air pada permukaan kenderaan. Masa sesuai untuk mencuci kenderaan anda adalah pada awal pagi atau lewat tengahari.

4) Cuci Tayar

Bahagian kenderaan yang selalu diabaikan oleh orang ramai adalah bahagian tayar dan rim kereta. Selepas mencuci keseluruhan kereta, jangan lupa untuk membersihkan bahagian luaran rim dan tayar kerana mempunyai kesan hitam daripada brek cakera. Gosokkan bahagian tersebut dengan berus tayar supaya dapat meninggalkan kesan kotoran dengan cepat.

5) Lap Kenderaan

Sejurus mencuci kenderaan, anda perlu mengelap air di permukaan kenderaan dengan kain lembut. Sekiranya membiarkan air kering sendiri secara semula jadi, ia akan meninggalkan kesan tompokan air pada permukaan badan kenderaan dan memerlukan cucian semula.

6) Cuci Seminggu Sekali

Permukaan luar kenderaan sentiasa terdedah kepada udara luar. Pengumpulan debu dan kotoran pasir boleh mencemarkan permukaan kenderaan serta menghilangkan kesinaran cat. Pastikan mencuci kenderaan setiap seminggu sekali bagi mengelakkan kotoron terkumpul banyak.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!