Elakkan Kemalangan Dengan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Adakah anda mengenali semua papan tanda jalan raya yang berada di Malaysia? Ramai pemandu terutamanya pemandu baharu masih kurang mengenali simbol dan makna papan tanda jalan raya. Bagi memudahkan anda mengetahui maksud disebalik simbol tersebut, kami di sini berkongsi beberapa maklumat mengenai papan tanda jalan raya yang perlu anda ketahui seperti berikut:

Lampu_isyarat_2-removebg-preview
Sumber: FS88-Karya Sendiri

1) Lampu Isyarat

Papan tanda lampu isyarat adalah salah satu petunjuk yang boleh dijumpai di mana-mana bahagian jalan. Ia diletakkan beberapa meter sebelum tiang lampu isyarat bagi memberi amaran untuk memperlahankan kenderaan anda dan memandu dengan berhati-hati. Patuhi lampu isyarat dengan berhenti apabila ia berwarna merah, bersedia untuk berhenti apabila ia berwarna kuning dan jalan jika keadaan selamat apabila ia berwarna hijau.

Awas_Bonggol_By_Fiq_Shafiq-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

2) Bonggol Di Hadapan

Papan tanda bonggol di hadapan diletakkan di sesetengah tempat terutamnya di kawasan perindustrian dan perumahan bagi mengawal kelajuan para pemandu kenderaan. Ramai pemandu terlepas pandang bonggol yang ada dihadapan mereka dan sentiasa melanggarnya dengan kuat. Papan petanda bonggol di hadapan juga diletakkan bagi memberi anda amaran awal terutamanya ketika waktu malam supaya anda tidak terlanggar dengannya secara laju.

Jalan_tidak_rata_FS-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

3) Jalan Tidak Rata

Simbol jalan tidak rata diletakkan bagi mengetahui keadaan jalan raya yang anda bakal lalui tidak rata. Pemandu perlu perlahankan kenderaan atau rendahkan gear semasa melalui jalan sebegini bagi mengatasi sebarang kemalangan atau kerosakan pada kenderaan.

Beri_laluan_By_FS88-removebg-preview
Sumber: FS88-Karya Sendiri

4) Beri Laluan

Papan tanda beri laluan digunakan di jalan raya supaya pemandu sentiasa bersedia untuk berhenti jika perlu untuk membolehkan pemandu dari arah lain meneruskan perjalanan mereka. Ia biasanya diletakkan pada simpang atau kawasan kesesakan kenderaan.

Zon_had_laju Fiq Shafiq
Sumber: Fiq Shafiq

5) Zon Had Laju

Mesti anda selalu jumpa papan tanda had laju di kawasan lebuh raya, perumahan atau persekolahan. Ia digunakan untuk memberi amaran kepada penguna jalan raya supaya memandu tidak melebihi had laju yang ditetapkan oleh pihak penguatkuasa.

Lintasan_pejalan_kaki_Fiq_Shafiq-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

6) Lintasan Pejalan Kaki

Pejalan kaki sentiasa diabaikan oleh pengguna jalan raya lain. Petanda lintasan pejalan kaki diletakkan supaya pengguna jalan memperlahankan kenderaan dan berhenti sekiranya terdapat orang melintas. Anda juga tidak boleh membunyikan hon dan perlu pandu berhati-hati di kawasan yang mempunyai papan tanda ini.

Dilarang_memotong_1_FS-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

7) Dilarang Memotong

Ramai suka memotong kenderaan hadapan atas sebab-sebab tertentu. Bagi mengatasi masalah tidak terduga berlaku, papan tanda dilarang memotong kenderaan lain diletakkan sebagai tanda amaran untuk anda tidak melakukan perkara sedemikian. Selain itu, papan tanda ini juga digunakan di kawasan yang bahaya untuk melakukan aktiviti memotong kenderaan.

Jalan_sempit_FS-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

8) Jalan Sempit

Papan tanda jalan sempit bisanya terdapat di kawasan pedalaman. Ia digunakan bagi memberi amaran awal kepada pengguna bahawa laluan yang digunakan oleh mereka agak sempit dan perlu berhati-hati ketika memandu.

Jalan_licin_FS-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

9) Jalan Licin

Papan tanda jalan licin yang terletak di sesuatu kawasan adalah petunjuk atau amaran untuk memperlahankan kenderaan. Jalan yang licin boleh mengakibatkan kemalangan jika pengguna jalan raya memandu dengan laju. Sentiasa memandu kereta secara berhati-hati apabila anda melihat papan tanda berikut dan jangan sesekali memotong kenderaan hadapan kerana tindakan tersebut amat merbahaya. Patuhi jarak selamat untuk mengelakkan sesuatu tidak terduga.

Zon_tunda_2_By_Fiq_Shafiq-removebg-preview
Sumber: Fiq Shafiq

10) Zon Tunda

Suka letakkan kenderaan di mana-mana sahaja? Sebelum bertindak demikian pastikan anda melihat sama ada papan tanda zon tunda ada disekeliling anda. Papan tanda ini adalah amaran bagi pengguna jalan raya untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan tersebut. Sekiranya anda masih meletakkan kenderaan di kawasan tersebut, kenderaan anda akan segera ditunda kerana ia merupakan kawasan larangan.

Tahukah Anda?

Tahukah anda terdapat sebanyak enam jenis papan tanda di jalan raya? Papan tanda larangan, papan tanda mandatori, papan tanda amaran, papan tanda sementara, papan tanda panduan dan papan tanda maklumat adalah antara papan tanda yang terdapat di negara kita. Setiap papan tanda berikut hadir dalam warna yang berbeza bagi memudahkan pemandu jalan raya mengenali jenis amaran atau panduan semasa memandu kenderaan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!