Jangan Asyik Buang Sayur-Sayuran Ke Dalam Tong Sampah, Ketahui 8 Sayuran Yang Boleh Diguna Semula!

Berkebun atau menanam adalah satu aktiviti menarik untuk dilakukan disamping menjaga persekitaran kita. Tahukah anda dengan menanam tumbuh-tumbuhan disekeliling rumah anda dapat menjamin kebersihan udara? Sayur-sayuran yang digunakan ketika masak boleh diguna semula untuk menanam dan dapatkan hasil tanaman baharu. Berikut disenaraikan beberapa sayuran yang boleh ditanam dalam ruang terhad dan mesra alam:

bawang

1) Bawang

Mesti anda membeli bawang dalam kuantiti yang banyak untuk digunakan dalam masakan harian anda. Tahukah anda bawang adalah antara sayur yang paling mudah untuk ditanam semula. Gunakan bahagian atas bawang merah yang mempunyai akar di dalam pasu bertanah untuk mulakan menanam. Pastikan menyiram pokok tesebut sehari sekali bagi memastikan ia tumbah dengan segar.

cilipadi

2) Cili Padi

Kerap beli cili padi di kedai? Kenapa beli banyak apabila anda boleh menanam sendiri? Pokok cili padi adalah antara sayur-sayuran yang mudah untuk ditaman dengan hanya menggunakan biji cili padi. Taburkan bijinya dalam pasu bunga dan mula menyiram dua kali sehari supaya ia dapat tumbuh dengan cepat. Anda boleh pindahkan pokok cili padi dalam pasu yang lebih besar bagi ia dapat membesar dengan sempurna.

celery

3) Saderi

Saderi atau dikenali sebagai ‘celery’ adalah sejenis sayur yang enak dan berkhasiat. Anda boleh menanam saderi dengan tanam lebihan bahagian akar ke dalam pasu. Sebelum memindahkan ia dalam pasu, anda perlu rendamkan bahagian akar saderi dalam bekas berisis air dengan mencucuk lidi supaya bahagian akar tidak mencecah permukaan bekas . Selepas beberapa minggu, saderi akan mula bercambah dan anda bolej mengalihkan ke pasu dan menyiram dua kali sehari supaya tanah dia sentiasa lembab.

garlic

4) Bawang Putih

Tanaman amat mudah untuk ditanam daripada bahan dapur ialah bawang putih. Anda hanya perlu mengambil beberapa ulas bawang putih dan menanamnya dalam pasu secara menegak. Pastikan bahagian akar diletakkan di bahagian bawah dan letakkan di luar supaya ia dapat cahaya matahari yang mencukupi. Jangan lupa siram pokok ini setiap hari.

lemon

5) Serai

Serai adalah sayur herba sedap dan wangi untuk dimasak. Ramai suka beli beberapa batang serai dari kedai dan simpan selama seminggu atau lebih dalam peti sejuk. Anda tidak perlu beli lagi dengan menanamnya di rumah sendiri. Cara menanam serai amat mudah di mana anda hanya perlu rendamkan batang serai dalam air selama seminggu atau lebih. Alihkan ke pasu apabila akar dan daun mula tumbuh. Anda boleh nikmati serai segar dari rumah apabila diperlukan.

ginger

6) Halia

Bahan wajib ada dalam setiap dapur rumah selain bawang merah dan putih adalah halia. Anda boleh menanam halia sendiri di rumah dengan hanya tanam halia dalam tanam. Pastikan letak satu inchi halia dalam tanah dan sentiasa menyiram air supaya tanah berada dalam keadaan lembab.

ketumbar

7) Daun Ketumbar

Enak letak daun ketumbar dalam sup dan masakan lainkan? Gunakan akar daun ketumbar untuk tanam dan membesarkannya dengan sempurna. Sebelum tanam, anda perlu rendamkan akar ketumbar dalam air supaya akar tersebut membesar daripada saiz asal. Kemudian pindahkannya ke dalam pasu dan menyiram sehari sekali.

pudina

8) Pudina

Daun pudina adalah antara tanaman yang cepat membesar. Anda boleh menanam pudina dalam pasu dan letakkannya di kawasan lapang atau berdekatan balkoni. Ia adalah kerana pokok pudina sangat agresif dan boleh menjalar ke pasu lain. Bagi mengelakkan berlakunya demikian anda boleh menanam di tempat lapang. Pastikan siram apabila tanahnya kering sahaja.

Tahukah Anda?

Sayur-sayuran yang ditanam di rumah boleh dijaga dengan menghasilkan baja kompas daripada sisa makanan. Mengapa buang sisa makanan apabila anda boleh kitar semulanya untuk menghasilkan baja organik? Kumpulkan sisa makanan dalam satu bekas yang mempunyai pengudaraan dan tutup rapat selepas masukkan sisa makanan.

Pastikan gaul sisa makanan dengan kompas bagi setiap dua hari supaya membolehkan udara masuk untuk membantu sistem penguraian. Anda boleh mula gunakan baja kompas ini selepas sisa makan terurai sepenuhnya pada tanaman anda. Amalkan kitar semula dan selamatkan bumi kita.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!