Masih Keliru Dengan Cara Mengepam Tayar Kenderaan? Ikuti Langkah Berikut Bagi Mengetahui Cara Betul

Adakah anda masih keliru dengan cara mengisi angin pada tayar kenderaan? Tayar kenderaan adalah komponen utama dalam menggerakan kenderaan ke sesuatu tempat. Ia adalah penting untuk memastikan tekanan angin tayar sentiasa mencukupi supaya kenderaan anda selamat dan lancar untuk memandu. Pengabaian pemeriksaan tekanan angin boleh mengganggu perjalanan anda. Berikut dikongsikan beberapa petua mengepam tayar bagi memastikan anda menikmati perjalanan yang baik.

1) Periksa Tekanan Angin Semasa

Langkah pertama bagi mengepam tayar kenderaan adalah memeriksa tekanan angin semasa. Bagi mengetahuinya, anda boleh menggunakan tolok tekanan tayar yang juga dikenali sebagai ‘pressure gauge’ untuk mengenal pasti tekanan semasa. Sekiranya tekanan angin menunjukkan paras kurang dari 3, anda perlu mengisi angin. Sekiranya ia lebih dari 3 anda perlu mengurangkan angin untuk memastikan kelancaran pergerakan kenderaan.

2) Ketahui Jumlah Tekanan Angin

Secara umumnya terdapat dua jenis sukatan angin tayar kenderaan yang perlu anda ketahui berdasarkan jenis kenderaan anda. Antaranya ialah Kilopascal (kPa) dan Pounds Per Square Inch (PSI). Periksa jenis dan sukatan maksimum yang ditulis pada dinding sisi tayar sebelum mengepam tayar. Tekanan angin tayar maksimum biasanya berada pada julat 30 hinggs 32 PSI.

3) Isi Di Stesen Minyak

Setiap stesen minyak menyediakan tempat pam kenderaan digital bagi memudahkan proses mengisi angin dalam tayar kenderaan. Anda perlu tetapkan jumlah angin berdasarkan bacaan kPa atau PSI dengan gunakan butang ‘+’ atau ‘-‘ dan mula mengepam tayar kenderaan dengan sukatan angin yang betul. Jangan sesekali mengepam tayar lebih daripada jumlah angin yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Ia boleh merosakan tayar dan mengganggu perjalanan anda disebabkan ketidakseimbangan tayar.

4) Periksa Sebulan Sekali

Pastikan memeriksa tekanan angin kenderaan sebulan sekali bagi meningkatkan jangka hayat tayar kenderaan anda. Pemeriksaan kerap juga penting untuk mengendalikan kenderaan anda dengan baik semasa melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi. Ikuti setiap langkah di atas bagi memudahkan proses mengepam tayar kenderaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!