Murung Tidak Boleh Keluar Rumah? Lakukan Aktiviti Riadah Senang Ini Untuk Kekal Sihat

Penat duduk di dalam rumah sepanjang pandemik? Adakah anda rindu keluar dari rumah untuk melakukan aktiviti riadah? Jangan risau lagi kerana berikut kami menyenaraikan beberapa senaman ringkas dan senang yang boleh anda lakukan hanya dari rumah anda sahaja. Lakukan senaman mudah tanpa alat berikut dengan hanya menggunakan kekuatan badan anda.

skipping

1) Lompat Tali

Lompat tali merupakan salah satu senaman yang mudah dilakukan dan disukai oleh orang ramai. Senaman ini baik untuk kesihatan jantung dan dapat membakar kalori badan dalam masa yang singkat. Anda boleh melakukan aktiviti ini dengan menggunakan tali melompat ataupun membuat sendiri peralatan ini dengan menggunakan getah sambungan bersama keluarga atau bersendirian. Berdiri di satu tempat yang luas dengan memegang hujung tali dan hayunkan tali ke depan serta lompat mengikut kemampuan diri sendiri. Senang je kan!

danielle-cerullo-3ckWUnaCxzc-unsplash

2) Zumba

Bosan melakukan senaman mudah yang statik? Ingin melakukan senaman diiringi lagu rancak? Jika ya, senaman ‘zumba’ adalah senaman sesuai untuk anda di mana ia menggunakan pergerakan tarian untuk mengerakan tubuh badan anda. Aktiviti ini sangat baik untuk dilakukan kerana ia dapat membantu dalam melepaskan tekanan mental, membakar kalori badan, mengurangkan rasa kesunyian dan dapat menambahkan keyakinan diri. Anda hanya memerlukan televisyen atau telefon bimbit untuk melihat cara senaman menyeronokkan ini.

yoga

3) Yoga

Yoga merupakan sejenis senaman yang memberi tumpuan kepada pernafasan dan meningkatkan fleksibiliti badan. Kebaikan aktiviti ini adalah anda dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan penyakit jantung. Bagi melakukan senaman ini, anda memerlukan pengajar yoga atau mengikuti pelatih yoga di media sosial supaya melakukan senaman ini dengan teknik yang betul.

badminton 1

4) Badminton

Badminton ialah satu senaman yang turut digemari oleh semua golongan masyarakat kerana ia akan mengaktifkan seluruh tubuh badan. Permainan badminton baik untuk mengurangkan risiko penyakit dan turut dapat membakar kalori badan dalam masa yang singkat. Senaman ini sangat mudah untuk dilakukan dengan hanya memerlukan dua untuk bermain di rumah pada masa lapang.

home workout

5) Senaman Di Rumah

Senaman dari rumah atau dikenali ramai sebagai ‘Home workout’ adalah aktiviti senaman yang biasanya dilakukan di gim. Ramai boleh melakukan senaman ini dari rumah dengan hanya menonton video YouTube atau aplikasi senaman supaya dapat mengikuti masa melakukan setiap jenis senaman. ‘Home workout’ juga dapat mengurangkan saiz badan dengan membakar kalori yang lebih. Anda boleh menggunakan barang-barang di dalam rumah untuk melakukan senaman asas dan mudah ini.

plank

6) Senam Regang Papan

Senam regang papan atau dikenali sebagai ‘plank’ adalah satu aktiviti senaman yang dilihat sebagai mudah tetapi ia memerlukan fokus dan kekuatan emosi. Aktiviti ini dapat mengimbangkan, menstabilkan dan menguatkan badan. ‘Plank’ juga dapat dilaksanakan dengan memulakan kedudukan papan dengan lengan dan jari kaki di atas lantai. Anda harus memastikan badan anda lurus bagi melaksanakan aktiviti ini. Seterusnya, pastikan anda dapat memegang posisi tersebut untuk 15 saat bagi permulaan agar badan anda dapat membakar lemah.

gardening

7) Berkebun

Berkebun bukan sahaja dikira sebagai satu hobi tetapi ia turut dikategorikan sebagai aktiviti senaman. Sekiranya anda mempunyai kebun, maka anda boleh menjaga kebun sambil mengerakkan badan anda. Berkebun dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, menguatkan otot, meningkatkan sistem imun dan mengelakkan hipertensi (darah tinggi). Misalnya, memotong rumput adalah senaman kardio sebenar yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. Anda boleh melaksanakan aktiviti ini pada waktu lapang dengan membersihkan tempat tanaman dan berkebun agar persekitaranya kelihatan cantik dan segar sambil menjaga kesihatan diri anda.

washing 1

8) Mengemas Rumah

Mengemas rumah adalah satu aktiviti kehidupan harian yang kini telah menjadi aktiviti senaman kerana dengan melakukan kerja rumah anda dapat mengeluarkan peluh dan ia membantu untuk mengurangkan kalori badan. Antara kerja rumah yang boleh anda buat ialah membasuh pakaian, mop lantai, menggosok baju, memasak dan menyapu rumah. Kesemua kerja ini membawa banyak manfaat pada badan dan diri anda sendiri untuk hidup sihat dan sejahtera.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kerjasama Antara SPANCO Dan ILPKP Menguruskan Kenderaan Yang Terjejas Akibat Banjir

Ramai yang terkesan akibat banjir yang melanda beberapa negeri pada hujung bulan Disember 2021. Sebahagian besar mangsa banjir terpaksa menanggung kerugian yang dahsyat kerana...

4 Tanda Anda Perlu Menukar Penapis Minyak

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan kotoran...

Risiko Pengambilan Kafein Secara Berlebihan

Minuman berkafein seperti kopi digemari ramai hingga ia boleh menjadi satu ketagihan. Ramai antara kita yang gemar minum kopi terutamanya pada waktu pagi sebagai...

5 Restoran ‘Water-Side’ Popular di Lembah Klang

Bosan makan di tempat yang sama berulang kali? Jika anda menginginkan suasana makan bersama keluarga yang berbeza dan menarik, kunjungilah restoran ‘water-side’ untuk menikmati...

Kegunaan Gear Rendah Dalam Kereta Transmisi Automatik

Hampir semua kereta kini menggunakan transmisi automatik bagi memudahkan pemanduan. Walau bagaimanapun masih ramai pengguna kenderaan tidak mengetahui atau memahami kegunaan gear dalam kenderaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!