Warisan Seni Tembaga Yang Kian Dilupakan

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang supaya tidak luput ditelan zaman. SPANCO telah mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar reka Alam Melayu, Prof. Dr. Che Husna Azhari dalam memartabatkan warisan seni loyang ke persada yang lebih tinggi.

Sepanjang tahun 2020, PRIHATIN mempersembahkan artifak-artifak loyang terpilih yang dibahagikan kepada 12 kategori aplikasi dan penggunaan. Kali ini, PRIHATIN mengetengahkan artifak loyang dalam bentuk alat sukatan dan timbangan.

SPANCO TEMBAGA

Alat pengukur adalah antara alat terawal dicipta oleh manusia sejak zaman purba untuk tujuan kegunaan harian mereka. Pada masa dahulu mereka memerlukan pengukur bagi banyak benda yang terdiri daripada rekaan pakaian, sistem barter, pembinaan tempat, menimbang makanan dan sebagainya. Keperluan tersebut telah menyebabkan orang dahulu mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan alat sukatan.

Bermula dengan penggunaan bahagian badan dan benda-benda disekeliling mereka untuk mengukur sesuatu barang, orang dahulu telah mencipta alat sukatan berasaskan loyang bagi menyenangkan proses pengukuran.

SPANCO TEMBAGA

Mengapa loyang digunakan secara meluas pada zaman dahulu? Loyang ialah aloi berasaskan tembaga dengan penggunaan komposisi utama tembaga dan zinkum. Penemuan penggunaan barang tembaga telah dikaji sejak zaman dahulu yang membuktikan rakyat menggunakan tembaga sebagai penganti emas.

Oleh itu, secara tradisional, penyukat dan penimbang berat yang diperbuat daripada loyang biasanya digunakan untuk menimbang barang dagangan harian yang bersaiz besar sehinggalah kepada logam berharga seperti emas yang bersaiz kecil. Pihak ketiga atau penguatkuasa perdagangan pada zaman dahulu akan meletakkan tera atau meteri bagi mengesahkan ketepatan alat–alat sukat dan timbang ini.

Pada zaman dahulu, orang Melayu menggunakan dua jenis penyukat, iaitu dacing yang boleh menimbang barang besar-besaran dalam unit koyan dan unit paling kecil adalah penimbang untuk emas. Sebuah lagi alat yang digunakan adalah bekas untuk menimbang bahan seperti padi, beras dan sebagainya.

SPANCO TEMBAGA

Alat sukatan dacing diperbuat daripada tiga bahan iaitu rod timbang tara, dua bokor penimbang dan jisim berat. Ia digunakan dengan meletakkan kedua-dua benda ditimbang dan batu penimbang ke atas bokor dan berat dibaca apabila kedua-duanya berada di aras mendatar.

Bagi neraca penimbang barang kemas pula, ia terdiri daripada dua komponen iaitu sokong dan bokor timbang. Kedua-dua artifak loyang ini diperoleh dari Minangkabau dan ia telah digunakan untuk tujuan sukatan di seluruh alam Melayu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!