Kereta Anda Kerap Rosak? Ketahui 6 Punca Utama Kerosakan Kenderaan

Adakah kenderaan anda kerap rosak ? Hampir setiap hari Pusat Servis SPANCO menerima aduan kerosakan kenderaan di seluruh negara. Sebanyak 45% punca kerosakan kenderaan adalah disebabkan oleh kegagalan bateri kenderaan. Ramai pengguna kenderaan masih kurang mempunyai pendedahan asas mengenai punca-punca ‘breakdown’ sehingga mengabaikan penjagaannya. Di sini kami berkongsi beberapa punca kerosakan kenderaan supaya anda lebih berwaspada pada masa akan datang:

1) Bateri

Bateri kenderaan adalah nyawa kenderaan yang perlu dijaga rapi oleh pemandu. Tahap air yang rendah, terminal berkarat atau longgar, lampu kenderaan dibiar hidup dan sebagainya adalah antara punca kerosakan bateri. Bagi mengatasi keadaan berikut anda perlu lakukan penyenggaraan berkala dan sentiasa peka terhadap kenderaan anda.

2) Kepanasan Melampau Enjin ‘Overheating’

Banyak kes enjin kenderaan mengalami masalah berpunca daripada sistem penyejukan yang kurang berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya masalah overheating. Keadaan ini berlaku apabila air dalam radiator kurang daripada tahap minimum, motor kipas bermasalah, radiator bocor, thermostat bermasalah, coolant tidak diganti dan sebagainya.

3) Sistem Elektrikal

Ramai tidak mengendahkan pemeriksaan sistem elektrikal kenderaan dan leka dalam penjagaannya. Hal ini berlaku apabila sambungan antara bateri dan sistem elektrikal menjadi lemah, mengalami masalah pada suis pencucuhan dan alternator  rosak. Selain penyenggaraan asas dilakukan, anda kini perlu memeriksa sistem elektrikal secara sekali sekala bagi membendung masalah berkaitan berlaku di jalan raya.

4) Transmisi

Sistem transmisi kenderaan adalah komponen kedua penting dalam kenderaan yang memainkan peranan kompleks dalam kenderaan. Kedua-dua jenis transmisi kenderaan ini memerlukan penjagaan teliti bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Penukaran minyak gear, minyak gear kotor, penukaran penapis, mounting gearbox pecah dan lain-lain adalah antara punca kerosakan daripada transmisi kenderaan. Pastikan memeriksa keadaan transmisi bagi mencegah kerosakan di jalan raya.

5) Tayar

Tayar merupakan antara komponen penting kenderaan yang perlu dijaga dengan baik. Tekanan angin tayar kurang, bunga tayar haus, tayar koyak dan sebagainya adalah pendorong kerosakan tayar. Bagi mengelakkannya anda perlu sentiasa memeriksa keadaan tayar sebelum melakukan perjalanan.

6) Pam Minyak

Adakah kenderaan anda mati di tengah jalan? Ia berlaku kerana kerosakan pam minyak kenderaan yang berfungsi sebagai penyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Terdapat sebanyak 70 kes dilaporkan sebagai punca kerosakan kenderaan akibat pam minyak. Enjin semput secara tiba-tiba, suhu enjin meningkat, kenderaan kehilangan kuasa, penurunan minyak secara drastik dan enjin sukar untuk dihidupkan merupakan tanda-tanda yang menunjukkan terdapat masalah pada pam minyak kenderaan anda.

Berikut adalah antara punca utama berlakunya kerosakan kenderaan yang dilaporkan di Pusat Servis SPANCO. Selain itu, kenderaan terkunci, pengecas turbo, penghawa dingin, mekanikal dan lain-lain turut menyumbang kepada kerosakan kenderaan SPANCO. Bagi pelanggan SPANCO anda sentiasa digalakkan melakukan penyenggaraan kenderaan berkala seperti yang telah ditetapkan dalam jadual penyenggaraan anda. SPANCO, Sentiasa Bersama Mu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!