Sikap Cuai Manusia Menyumbang Kepada Pemanasan Global

Pencemaran alam sekitar telah menjadi isu global yang memerlukan perhatian daripada semua individu di seluruh dunia. Sebagai penghuni bumi, kita perlu menjaga harta yang diamanahkan oleh Pencipta kita dengan betul. Kini, pelbagai aktiviti yang menyumbang kepada pencemaran dilakukan oleh manusia demi keselesaan hidupnya. Bagi mengatasi atau mengurangkan penggunaan bahan pembuangan, disenaraikan beberapa cara mengitar semula demi menjaga bumi kita.

Kertas

Penggunaan kertas semakin meningkat untuk kegunaan harian manusia. Surat khabar, buku, surat perasmian, sampul surat, majalah dan sebagainya sentiasa diperlukan bagi tujuan harian mereka. Tahukah anda penggunaan kertas menyumbang kepada perubahan iklim? Aktiviti pembalakan untuk membuat kertas menyumbang kepada peningkatan karbon dioksida.

Bagi mengurangkan penggunaan kertas, anda boleh menggunakan platform digital untuk urusan pekerjaan dan pembelajaran. Selain itu, anda juga boleh membeli kertas kitar semula, berkebun, origami bagi tujuan dekorasi rumah dan lain-lain sebagai langkah pertama pengurangan penggunaan kertas dalam kehidupan harian anda.

Plastik

Tanpa disedari, ramai menggunakan bahan berasaskan plastik dalam kehidupan harian mereka yang terdiri daripada botol air, beg plastik, penyedut air, peralatan dapur plastik dan sebagainya. Plastik mengambil masa antara 400 hingga 1,000 tahun untuk terurai di mana ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan hidupan alam lain. Anda boleh mengguna semula bahan plastik dengan menghasilkan penyiram pokok daripada botol air plastik.

Anda juga boleh menghasilkan pemegang telefon bimbit, pen, pensil dan sebagainya daripada plastik. Gunakanlah beg kitar semula ketika melakukan aktiviti membeli belah selaras dengan kempen tanpa beg plastik. Langkah sebegini mampu mengurangkan kebergantungan terhadap plastik dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Kertas kadbod keras

Kertas kadbod keras yang anda dapat daripada kedai perabot atau ketika membeli barangan lain boleh dikitar semula untuk kegunaan peribadi anda. Banyak kertas telah digunakan bagi menghasilkan kertas kadbod ini yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan suhu bumi. Bagi mengurangkan penggunaannya, anda boleh mengguna semula kertas kadbod dengan menghasilkan bingkai foto berdasarkan kreativiti sendiri.

Anda juga boleh menghasilkan barangan dekorasi untuk menghiasi rumah dan tempat kerja serta menjadikan ia sebagai suatu barang yang boleh diguna semula. Dengan mengitar semula barang ini, anda akan menyumbang dalam mengurangkan tenaga, menyelamatkan ruang pelupusan dan sebagainya.

Kaca

Botol, mangkuk dan perkasa kaca adalah antara bahan yang boleh dikitar semula. Penggunaan kaca dalam kehidupan harian tidak boleh dielakkan kerana terdapat banyak barang yang dibungkus dalam kaca. Sekiranya ia dikitar semula, anda dapat mengurangkan pencemaran alam, mengurangkan suhu bumi, meningkatkan usia tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Kini ramai yang menginovasikan peralatan kaca dengan penghasilan lampu rumah, meja, pasu bunga, menanam pokok, botol hiasan, penyangkut topi dan lain-lain mengikut kreativiti sendiri. Setiap langkah yang dilakukan di rumah anda untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barang ini akan memberi kesan pada masa hadapan dan mampu menyelamatkan bumi kita.

Makanan

Tahukah anda hampir 70% sisa makanan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar? Makanan yang dibuang setiap hari dalam tong sampah telah meningkatan penggunaan tapak pelupusan. Ia secara tidak langsung telah menyumbang kepada pemanasan global dan perubahan iklim. Oleh itu, Kitchen Composting adalah salah satu langkah yang perlu anda amalkan di rumah bagi mengurangkan penggunaan tapak pelupasan yang gagal menguraikan sisa tersebut.

Anda boleh menggunakan sisa makanan sebagai baja kompos, makanan haiwan atau bahan mentah penjanaan biogas. Tahukah anda sisa makanan boleh digunakan sebagai bahan pencuci? Anda perlu mengumpulkan sisa makanan seperti kulit buah dan sayur rosak dalam bekas kosong dengan mengisi mikroorganisma di dalamnya. Biarkan bekas tersebut selama beberapa hari atau sehingga proses penguraian berlaku sebelum menggunakannya untuk mencuci pinggan dan lantai.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

SPANCO Sumbang RM500,000 Kepada Tabung Pahlawan 2020

KUALA LUMPUR, 26 Nov - SPANCO Sdn Bhd hari ini menyerahkan sumbangan RM500,000 kepada Kempen Tabung Pahlawan 2020 sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan para...

Tersadai Di Tengah Jalan? 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Kenderaan Anda

Kereta tiba-tiba rosak di tengah jalan? Tiada siapa di sebelah untuk membantu anda? Mengapa menunggu bantuan orang, sedangkan anda boleh lebih berwaspada dengan membawa...

Pengelap Cermin Punca Kemalangan, Ikuti 6 Petua Penjagaan Pengelap Cermin Ini!

Sentiasa berfikiran bahawa pengelap cermin hanya penting semasa hujan? Tahukah anda tanpa alat penting ini anda akan mengalami kesukaran dalam memandu kenderaan ketika hujan...

Warisan Seni Tembaga Yang Kian Dilupakan

Seni kraf adalah warisan peninggalan moyang yang melambangkan budaya dan identiti sesebuah masyarakat dan tamadun. Ia perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang...

Bosan Bekerja Dari Rumah? 10 Lokasi Hotel Ini Menawarkan Pakej WFH Menarik!

Bosan bekerja di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)? Melihat dinding dan persekitaran rumah setiap hari membosankan anda? Usah risau lagi kerana...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!