Mengembara Dan Nikmatilah Perkhidmatan ‘Sleeper Train’ Malaysia

Pernahkah anda teringin melakukan perjalanan sambil menikmati pemandangan yang indah? Kini keinginan anda akan dipenuhi dengan penggunaan perkhidmatan ‘sleeper train’. ‘Sleeper Train’ adalah sejenis kereta api yang menyediakan kemudahan tempat tidur selesa sepanjang tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi. Pengangkutan ini biasanya terdapat di negara barat tetapi tahukah anda, negara kita turut mempunyai sleeper train yang menyediakan perkhidmatan yang sama bagi penumpangnya? Berikut dikongsikan beberapa ciri dan keunikan pengangkutan ini bagi memberi pendedahan kepada perkhidmatan awam unik kita.

Pengamalan Luar Biasa

Perjalanan jauh ke sesuatu destinasi yang mengambil masa lebih daripada empat jam mampu membosankan dan memenatkan seseorang. Kebiasaannya orang ramai suka mengambil langkah cepat dengan menaiki kapal terbang yang memendekkan perjalanan mereka. Bagi sesiapa yang gemar mencuba sesuatu yang baharu dengan menikmati pengalaman baharu, anda boleh cuba menaiki kereta api ‘sleeper train’ kerana ia menyediakan kemudahan tempat tidur yang selesa dan tidak membosankan anda.

Anda bukan sahaja dapat merasai pengalaman baharu, malah sleeper train memberikan anda pemandangan alam sekitar yang menakjubkan di sepanjang perjalanan. Penggunaan kereta api gaya lama yang dikenali sebagai ‘The Jungle Train’ akan memberi pengalaman berada di zaman retro serta memberikan anda salah satu alternatif lain dalam merancang percutian anda.

st 1
Sumber: murai.my

Pemandangan Indah

Pengangkutan kereta api jenis sleeper train ini menawarkan perjalanan jauh dari satu negeri ke satu negeri yang lain dengan pemandangan hutan dan gunung-ganang yang mengasyikkan. Misalnya perkhidmatan ini menyediakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Thailand, Singapore ke Kuala Lumpur, Penang ke Bangkok serta sebaliknya adalah antara perjalanan yang boleh anda lakukan dengan menggunakan kemudahan sleeper train selain ETS.

Sepanjang perjalanan yang mengambil masa sekitar empat hingga dua belas jam ini pasti tidak akan membosankan anda disebabkan penggunaan laluan dalaman yang menunjukkan pemandangan kehijau-hijauan menarik negara kita. Selain itu, perkara menarik pengangkutan ini adalah, anda mampu melihat dan merentas lebih daripada tiga negeri sepanjang tempoh perjalanannya.

Suasana desa, kampung dan sawah padi adalah antara pemandangan yang mempu menyejukkan mata anda serta membuat anda terkilan dengan keindahan alam sekitar negara sendiri.

Kemudahan Lengkap

Kemudahan yang disediakan menerusi sleeper train ini agak luar biasa dan lengkap berbanding melakukan perjalanan melalui perkhidmatan ETS. Hal ini kerana sleeper train menyediakan ruang istirehat yang amat selesa dengan kemudahan katil untuk berehat. Semasa anda bersedia untuk tidur, kerusi yang diduduki oleh anda akan ditukarkan sebagai katil di mana pemasangannya akan dilakukan oleh pekerja pengangkutan ini sahaja. Anda tidak perlu risau mengenai keselamatan anda kerana terdapat langsir di setiap tempat tidur yang menjaga privasi penumpang.

Selain itu, terdapat juga kafe iaitu ruang makanan yang lengkap dengan meja dan kerusi bersama variasi pilihan makanan panas disediakan dari semasa ke semasa. Anda juga boleh memesan makanan terlebih dahulu supaya ia boleh dihidangkan kepada anda pada waktu tertentu.

Kereta api ini juga mempunyai sebanyak tiga bahagian yang terdiri daripada kelas pertama dan kedua dengan penyediaan katil manalaka kelas ketiga menyediakan kerusi ekonomi. Bukan sekadar katil malah mereka turut menyediakan kemudahan asas lain seperti tandas, sinki persendirian, meja kecil, pot charger, wifi dan sebagainya bagi memudahkan perjalanan penumpang.

Harga Murah

Salah satu sebab utama anda perlu mencuba pengangkutan unik disamping pemandangan dan pengalaman baharu adalah penjualan tiket perjalanan yang murah dan berpatutan daripada pengangkutan lain. Para penumpang mampu melakukan perjalanan ke Thailand, Singapura atau lain-lain destinasi dengan harga bermula dari RM70.

Selain itu, bagi sesiapa yang ingin membawa kanak-kanak boleh menikmati harga tiket yang lebih rendah daripada golongan dewasa. Nikmatilah perjalanan yang luar biasa dengan menggunakan pengangkutan awam menarik yang mesti memberi anda pengalaman baharu seperti slepeer train di luar negara. Kami pasti anda tidak akan menyesal menaiki kereta api ini bersama keluarga atau rakan anda!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!