Pengabaian Penjagaan Kotak Gear Membawa Padah

Kotak gear yang lebih dikenali sebagai gearbox adalah salah satu komponen utama dalam kenderaan. Ia berfungsi sebagai suatu alat yang menggerakkan dan mengawal kelajuan kenderaan. Terdapat dua jenis kotak gear kenderaan yang terdiri daripada transmisi manual dan transmisi automatik. Penggunaan kedua-dua transmisi ini adalah berbeza tetapi ia mempunyai beberapa fungsi yang sama. Disenaraikan beberapa maklumat asas mengenai kotak gear yang perlu anda ketahui bagi membendung sebarang masalah yang tidak terduga.

Fungsi Kotak Gear

Kotak gear adalah komponen yang memberi kuasa daripada enjin kepada roda kenderaan. Ia terdiri daripada gabungan beberapa komponen asas seperti aci putar, gear transmisi, aci pandu, klac, unit kerbeda dan sendi semesta.

Bagi kotak gear manual, ia disambung melalui sistem klac yang akan menyambung kuasa dari enjin ke kotak gear berdasarkan input daripada pemandu. Pemandu yang akan memutuskan penggunaan gear berdasarkan keadaan pemanduan mereka.

Manakala bagi kotak gear automatik, ia dilengkapi dengan komponen mekatronik untuk menggantikan klac dan menukar gear. Ia amat mudah dan lancar untuk digunakan serta menjadi kegemaran ramai pemandu kenderaan.

Fungsi utama kotak gear adalah untuk mendapatkan kelajuan yang berbeza dan sesuai mengikut keadaan dan beban pada kenderaan, memindahkan tenaga, menyesuaikan daya penukaran dan berada pada posisi neutral untuk menghidupkan enjin.

Punca Kerosakan

Penjagaan kotak gear adalah amat penting untuk dilakukan oleh setiap pemandu kenderaan kerana ia adalah komponen penting bagi mengerakkan kenderaan anda. Kecuaian atau kelalaian penjagaan kotak gear kenderaan boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk serta mengangggu pemanduan anda.

Sebagai pemandu yang bertanggungjawab, anda perlu ketahui beberapa punca kerosakan kotak gear supaya anda boleh lebih berwaspada pada masa akan datang. Kerosakan boleh berlaku akibat cara penggunaan kotak gear anda. Penggunaan kasar atau kuat ketika menukar gear boleh mula menyebabkan kotar gear kenderaan rosak sedikit demi sedikit.

Selain itu, minyak gear yang lama dan tidak ditukar mengikut tempoh servis yang ditetapkan juga boleh menjadi punca kerosakan. Minyak yang lama akan menyebabkan getah seal di dalam kotak gear semakin keras dan menyebabkan kebocoran sistem hidraulik dalaman. Hal ini secara tidak langsung akan menyukarkan proses penukaran gear kerana kekurangan tekanan. Anda perlu sentiasa memeriksa minyak gear atau melakukan pemeriksaan enam bulan sekali bagi memastikan ia bersih dan sesuai digunakan. Jangan sesekali mengabaikan kebocoran minyak gear dari sealnya.

Plat klutch  yang rosak akan menyebabkan kenderaan anda bergegar dan ia akan mengganggu sistem transmisi kerana enjin kenderaan bersambung langsung dengan kotak gear. Hasil gegaran tersebut akan memberi kesan di mana geseran antara clutch plate akan memberi kesan negatif kepada gear.

Tanda Kerosakan

Anda boleh mencegah kerosakan kotak gear dengan mengetahui beberapa tanda awal yang diberi oleh kenderaan anda sebagai tanda amaran. Antara tanda atau simptom yang ditunjukkan oleh kenderaan ialah:

  • Kesukaran menukar gear
  • Bagi transmisi automatik terdapat sentakan yang kuat
  • Kenderaan mengeluarkan bunyi kuat ketika menukar gear setiap kali
  • Penunjuk RPM tidak kembali ke tempat asal selepas pertukaran gear bagi transmisi automatik
  • Terdapat ‘freeplay’ yang agak lama ketika menukar gear

Awasi tanda-tanda berikut dan sentiasa lakukan penyenggaraan kenderaan bagi memastikan setiap komponen kenderaan anda berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Bagi kenderaan SPANCO, anda digalakkan untuk mengikuti jadual penyenggaraan yang ditetapkan supaya pemeriksaan keseluruhan dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Spanco sentiasa bersama mu.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!