Punca Cat Kenderaan Pudar

Penjagaan kenderaan merupakan salah satu tanggungjawab penting dilakukan oleh setiap pemilik kenderaan. Setiap orang mempunyai kaedah berbeza dalam penjagaan kenderaan mereka tetapi anda mesti mengetahui punca berlakunya sesuatu kerosakan bahagian kenderaan adalah sama. Penjagaan cat kenderaan juga penting bagi memastikan ia berkelihatan cantik dan berseri. Walau bagaimanapun, kelalaian penjagaan akan menyebabkan cat kenderaan anda semakin pudar. Oleh itu, disenaraikan beberapa punca berlakunya keadaan ini pada kenderaan:

1. Hujan

Adakah anda selalu meletakkan kenderaan di kawasan terbuka? Sentiasa berhati-hati jika berbuat demikian kerana musim hujan tidak menentu di negara kita dan air hujan boleh merosakkan cat kenderaan. Air hujan asid yang terhasil akibat pencemaran udara akan meluntur dan menghakiskan cat kenderaan sehingga mempercepatkan proses pengaratan badan kenderaan berlaku. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan kenderaan anda berlubang dan merebak keseluruhan permukaan luaran kenderaan.

2. Cuaca Panas

Tahukah anda meletakkan kenderaan di bawah matahari boleh menyebabkan cat luntur atau pudar dengan cepat? Pancaran matahari yang mengandungi sinaran ultra ungu yang lebih dikenali sebagai UV rays bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan diri, malah ia mampu merosakkan cat kenderaan anda. Hal ini kerana, pendedahan berterusan pancaran matahari akan merekah dan mengelupaskan cat kenderaan anda sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan tanda kusam, tompok, lebam atau terkopak. Ia akhirnya menyebabkan cat kenderaan anda tidak cantik dan menghakiskan pelindung material cat kenderaan yang diperbuat oleh pengeluar kenderaan.

3. Najis Haiwan

Kotoran najis haiwan atas kenderaan khususnya najis burung adalah amat bahaya kerana ia adalah perosak utama cat kenderaan anda. Najis burung mengandungi asid dan bersifat kasar kerana pengambilan makanan yang mengandungi bijiran, benih, buah dan cebisan kerikil. Peninggalan najis di permukaan kenderaan bagi tempoh masa yang lama boleh mengotorkan, mengeras dan mencalarkan cat kenderaan anda hingga melunturkan warna cat ketika anda membersihkannya.

4. Bahan Api

Pernahkah anda mengisi bahan api kenderaan sehingga ia melimpah keluar dari tangki minyak? Jika ya, anda perlu segera membersihkan permukaan kenderaan yang dilimpahi bahan api tersebut. Jika anda membiarkannya, ia akan meresap ke dalam lapisan cat sehingga meninggalkan kesan hitam yang sukar dihilangkan. Basuh tempat tersebut dengan air sabun bagi menggelakkan kelunturan cat kenderaan dan meningkatkan jangka hayat cat kenderaan anda.

5. Mencuci Kenderaan

Ramai individu gemar mencuci kenderaan di rumah mereka daripada mencucinya di kedai. Tapi tahukah anda cucian tangan yang tidak betul boleh merosakan kenderaan anda? Penggunaan kain kasar atau kain yang tidak disyorkan untuk mencuci kenderaan boleh meninggalkan kesan brurk pada cat kenderaan anda. Selain itu, penggunaan sabun jenis yang salah atau mempunyai tahap kimia tinggi turut melunturkan cat kenderaannya. Pastikan untuk mengguna kain lembut dan sabun saranan pakar automotif demi menjaga cat kenderaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!