Kepentingan SRS: Beg Udara Keselamatan

Sistem keselamatan dalam kenderaan amat penting untuk diperiksa dan dijaga demi melindungi diri serta insan tersayang daripada sebarang kemalangan atau kecederaan ketika melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi. Selain tali pinggang keledar, terdapat ciri keselamatan lain dalam kenderaan iaitu beg udara SRS yang melindungi anda jika terlibat dalam kemalangan jalan raya. Berikut dikongsikan beberapa fakta dan kepentingan SRS yang perlu anda ketahui:

Maksud SRS

SRS yang dikenali sebagai Supplementary Restrain System adalah satu sistem sokongan sekunder dalam kenderaan selain daripada tali pinggang keledar yang melindungi penghuni kenderaan daripada kecederaan akibat kemalangan jalan raya. Ia adalah sejenis sistem keselamatan tambahan kenderaan yang telah diinovasikan oleh pakar automotif demi menjaga keselamatan dengan mengurangkan impak kemalangan terhadap pemandu dan penumpang kenderaan.

Pada masa dahulu sistem SRS hanya ditawarkan untuk pemandu kenderaan. Dengan peredaran masa, ia telah diinovasikan dengan pemasangan dua beg udara di hadapan dan di setiap sisi dalaman kenderaan bagi meningkatkan aspek keselamatan kenderaan.

Kepentingan SRS

Mengapakah sistem beg udara SRS penting untuk berada dalam kenderaan? Ramai masih tidak mengetahui sistem keselamatan SRS ini dan mengendahkan kepentingannya. Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, beg udara SRS inilah yang akan membantu mengurangkan kecederaan selain sistem keselamatan utama iaitu tali pinggang keledar.

Beg udara akan diaktifkan secara automatik apabila berlaku kemalangan di mana ia bergantung pada beberapa program yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Terdapat sesetengah sistem SRS diaktifkan apabila tali keledar memberi isyarat dahulu. Selain itu, ia juga akan diaktifkan apabila ia menerima input daripada sensor kenderaan seperti accelerometer, sensor rempuhan, sensor halaju kenderaan, sensor brek, tekanan kusyen dan lain-lain.

Beg udara ini akan mengembang sepenuhnya apabila kelajuan mencecah 100km/j sehingga 300km/j. Satu isyarat daripada sensor akan diberi dengan menghantar satu denyutan elektrik yang mengaktifkan bahan kimia untuk mengembangkan beg udara dari roda stereng, papan pemuka dan panel sisi.

Penggunaan sistem SRS dalam kenderaan mampu mengurangkan daya hentakan yang dikenakan pada tubuh mereka ketika berlakunya kemalangan. Ia juga akan mengurangkan kecederaan pada muka dan kepala penghuni kenderaan. Oleh itu, setiap pemilik kenderaan perlu mengetahui kegunaan dan kepentingan beg udara ini demi melindungi diri anda daripada sebarang risiko kemalangan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!