Sistem Stereng Kuasa (Power Steering)

Stereng adalah komponen paling utama dalam sesebuah kenderaan. Ia berkait rapat dengan sistem gantungan kenderaan. Penggunaan stereng membolehkan pemandu kenderaan menggerakkan kenderaan ke arah kiri atau kanan. Haluan pergerakan kenderaan dikawal oleh pemandu melalui komponen stereng ini. Berikut disenaraikan beberapa informasi yang perlu anda ketahui mengenai sistem stereng kuasa:

Fungsi

Kegunaan utama stereng kenderaan adalah untuk membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan bergerak di jalan raya. Ia membolehkan pemandu membelok roda hadapan ke arah yang mereka hendaki dengan senang dan memerlukan daya yang sedikit. Dengan adanya stereng, pemandu mampu mengawal kenderaan secara sempurna walaupun berada pada jalan yang tidak rata.

Penggunaan sistem stereng kuasa dalam sesebuah kenderaan akan memudahkan pergerakan roda depan terutamanya bagi kenderaan berat yang mempunyai beban yang tinggi. Ia dapat meningkatkan kestabilan pada kelajuan yang tinggi ketika mengemudikan kenderaan dan mengurangkan daya putaran.

Jenis

Terdapat dua jenis sistem stereng kuasa yang digunakan dalam sesebuah kenderaan berdasarkan jenis dan pengeluar kenderaan. Kedua-dua jenis stereng kuasa ini mempunyai fungsi penggunaan berbeza seperti berikut:

1) Hidraulik

Sistem stereng kuasa jenis hidraulik menggunakan tekanan hidraulik yang dibekalkan oleh pam untuk memudahkan pemutaran stereng. Kuasa enjin akan digunakan bagi mengerakkan pam tersebut supaya stereng dapat digerakkan dengan senang. Minyak stereng kuasa pula digunakan sebagai medium penyampaian tenaga untuk membolehkan stereng berputar dengan mudah. ‘Reservoir tank’, ‘pump body’ dan ‘flow control valve’ merupakan antara komponen pam stereng kuasa yang membantu pemutaran stereng kenderaan menerusi enjin pembakaran dalam.

2) Elektrik

Sistem stereng kuasa jenis elektrik menggunakan motor elektrik arus terus (DC motor) untuk meringankan beban pemusingan setereng kenderaan. Ia berfungsi sepenuhnya dengan penggunaan motor dan tidak menggunakan kuasa enjin. Sistem ini dilengkapi dengan penggunaan penderia daya kilas yang dikenali sebagai torque sensor dan maklumat dari Electronic Control Unit (ECU) untuk menentukan kadar kelajuan kenderaan dan kadar tork. Ia diperlukan untuk menentukan arah dan daya bantuan kuasa yang diperlukan untuk sistem stereng dan kemudian mengerakkan motor berdasarkan arah yang diperlukan.

Penggunaan stereng elektrik juga lebih mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan bakar untuk memutarkan sistem stereng. Selain itu, stereng lebih mudah dikawal ketika memandu kenderaan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!