Kafe Menarik Di Lembah Klang

Makanan lewat pagi yang dikenali sebagai ‘brunch’ sentiasa menjadi pilihan utama orang ramai terutamanya pada hujung minggu. Kawasan Lembah Klang amat terkenal sebagai tempat yang mempunyai pelbagai tarikan menarik terutamanya ia dibanjiri dengan kafe cantik. Terdapat pelbagai kafe yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti ‘brunch’ bersama rakan atau keluarga. Berikut disenaraikan beberapa kafe menarik di sini yang wajib anda kunjungi:

cjl
Sumber : Instagram @cakejalantiung

1) Cake Jalan Tiung

Cake Jalan Tiung merupakan salah satu kafe baharu dan cukup menarik untuk menikmati makanan bersama insan tersayang. Kafe yang terletak di Shah Alam ini menyediakan pencuci mulut yang baru untuk pelanggan mereka setiap hari dengan menu harian berbeza. Hidangan paling popular yang mendapat sambutan pelanggan ialah Kek Salted Caramel dan Chocolate, Roti K-Pop dan Kek Victoria Sandwich.

kjt
Sumber: Instagram @cakejalantiung

Selain makanan, kafe ini dilengkapi dengan reka bentuk dalaman ala candy dan dihiasai origami burung yang cantik di siling.

lokl
Sumber: Instagram @loklcoffee

2) LOKL Coffee

Adakah anda mengidamkan makanan ‘fusion’ yang menarik? Jangan risau, kini anda boleh mengunjungi LOKL Coffee yang terletak di Kuala Lumpur untuk menikmati juadah yang diinspirasikan daripada makanan Amerika, Perancis dan Hainanese.

lokl 2
Sumber: Instagram @loklcoffee

Antara hidangan paling popular di tempat makanan ini ialah Truffle Croque Madame, Prawn & Eggplant Spaghetti With Sambal Petai, Miso Honey Butter Chicken dan Chicken Cacciatore.

lokl 1
Sumber: Instagram @loklcoffee

Pastikan mencuba salah satu hidangan ini jika anda mengunjungi LOKL Coffee nanti!

merchants lane
Sumber: Instagram @merchantslane

3) Merchants Lane

Inginkan makan di kafe ala desa? Kini anda boleh menikmati makanan ‘brunch’ dan pencuci mulut dengan suasana pendesaan di Merchants Lane. Kawasan indah yang tersembunyi di tengah-tengah bandar sibuk ini terletak di Petaling Street.

merchants
Sumber: Instagram @merchantslane

Italian Chow Mein dengan Kuah Rendang, Pasta Lala dan Nasi Lemak Pancake adalah antara makanan ala barat dengan gabungan asia yang mendapat sambutan dari para pelanggan.

feeka
Sumber: Instagram @feekacoffeeroasters

4) Feeka Coffee Roasters

Adakah anda mencari lokasi santai untuk melakukan kerja? Jika ya, anda boleh singgah di Feeka Coffee Roasters Kafe yang terletak di Bukit Bintang bagi merehatkan minda dan melakukan kerja tanpa sebarang gangguan orang. Kafe yang bertemakan minimalis ini amat menarik dan cantik untuk di singgah bersama klien atau rakan bagi tujuan pertemuan atau urusan lain. Menu brunch yang paling disukai ramai ialah Tropical Smoothie Bowl, Ricotta Pancake, Spicy Ragu Pasta, Roasted Vege Buger dan Roasted Coffee.

feeka 2
Sumber: Instagram @feekacoffeeroasters

Pastikan nikmati segelas kopi di sini sebelum anda meninggalkan Feeka.

lisse 1
Sumber: Facebook Lisette’s Café & Bakery

5) Lissette’s Cafe & Bakery

Bangsar sangat terkenal dengan tempat makanan yang unik dan menarik. Lissette’s Cafe & Bakery juga tidak terlepas dari senarai tersebut yang mempunyai interior cantik bertemakan asia. Makanan buffet dan vegan dihidangkan oleh mereka di mana Egg Benedict, Big Breakfast, Toasties Sandwiches dan Black Rice Nasi Lemak mendapat sambutan pelanggan.

lisse
Sumber: Facebook Lisette’s Café & Bakery

Tempat damai dan santai ini amat sesuai untuk dikunjungi bersama insan tersayang pada hujung minggu.

6) Sunday Coffee & Cakes

Sama seperti nama kafenya Sunday Coffee & Cakes, tempat ini sangat sesuai untuk meluangkan masa dengan makan brunch bersama keluarga pada hujung minggu. Pelbagai makanan sarapan pagi yang ringan dan sedap disediakan untuk menceriakan pagi anda di sini. Makan wajib dicuba dan mendapat sambutan ramai pelanggan adalah Tamagoyaki Sando iaitu sejenis makanan telur masakan Japanese diminati ramai di sini. Terdapat makanan lain yang unik dan menarik seperti Strawberry Tartine, Monte Cristo, Sunday Soup dan sebagainya yang wajib anda cuba di sini.

bird 1
Sumber: Instagram @threelittlebirdscoffee

7) Three Little Birds Coffee

Kafe ini adalah khas untuk anda yang peminat kopi dan kek! Terletak di Jalan Sentul, Kuala Lumpur, kafe ini sangat cantik dengan interior klasik yang bertemakan kayu dan ia memberi anda suasana yang tenang dan damai. Kafe ini mempunyai pelbagai jenis kopi dalam gelas yang cukup besar bersama harga patutan disediakan oleh mereka kepada pelanggannya.

bird
Sumber: Instagram @vishashares

Mocha, Hot Chocolate, Rosted Coffee, Chocolate Layer Cheesecake adalah antara makanan yang disediakan oleh mereka.

tiff
Sumber: Instagram @tiffanyscafemy

8) Tiffany Cafe

Penggemar pencucui mulut, anda wajib mengunjungi Tiffany Cafe yang terletak di Shah Alam untuk mencuba Tiramisu kerana ia hadir bersama sos karamel yang mengimbangkan rasa pahit kopi tersebut.

tiff 3
Sumber: Instagram @tiffanyscafemy

Ia juga adalah kafe sesuai untuk anda yang gemar ‘brunch’ kerana mereka menyediakan menu makanan pelbagai dengan harga yang berpatutan.

tiff 1
Sumber: Instagram @tiffanyscafemy

Bowl of Buttercream Delight, Cheese Panini, Pancake With Maple Syrup, minuman kopi yang unik dan sebagainya terdapat disini untuk anda nikmati.

faso
Sumber: Instagram @fasopatisserie

9) FaSo Patisserie

Anda risau tidak dapat melancong ke negara France? Makanan dan pencuci mulut di negara tersebut memang mendapat pujian orang ramai.

faso 2
Sumber: Instagram @fasopatisserie

Brioche Caramel, Flower Pistachio Apricot, Choc Citrus Brioche dan Almond Financier adalah antara pastri yang terdapat di FaSo Patisserie yang terletak di Setia Alam.

faso 1
Sumber: Instagram @fasopatisserie

Tempat ini amat sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan, keluarga, melakukan perjumpaan bersama klien dan sebagainya sambil menikmati juadah menarik.

flower
Sumber: Instagram @flowergirlcoffee

10) Flower Girl Coffee

Flower Girl Coffee yang terletak di Subang Jaya merupakan satu kafe unik untuk menikmati hidangan lewat pagi yang mewah. Suasana kafe rumah kaca dengan sentuhan cahaya semula jadi memberikan anda rasa yang nyaman untuk menikmati makanan yang disediakan di kafe ini. Pencuci mulut yang lazat diikuti kopi enak adalah tempat yang paling sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan pada lewat pagi.

flower 1
Sumber: Instagram @flowergirlcoffee

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke kafe ini, jangan lupa untuk pesan Avacado Toast mereka yang dihidang bersama Poached Eggs enak.

 

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!