Segala Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Minyak Brek

Selain menukar minyak gear dan minyak enjin, pemilik kenderaan perlu mengetahui terdapat minyak lain yang perlu digantikan setiap kali ketika melakukan penyenggaraan asas kenderaan. Minyak bendalir yang juga dikenali sebagai minyak brek adalah sejenis cecair hidraulik yang digunakan dalam sistem brek dan klac kenderaan. Ia perlu diganti supaya dapat berfungsi dengan baik. Oleh itu, disenaraikan beberapa informasi yang perlu anda ketahui mengenai minyak brek:

Fungsi

Kegunaan utama minyak brek adalah untuk memastikan sistem brek kenderaan berfungsi secara optimum. Ia turut digunakan untuk memberi tekanan pada sistem brek agar ia dapat membrek dengan lancar pada situasi kecemasan. Minyak brek mempunyai keupayaan berfungsi dalam suhu dan tekanan tinggi sekaligus membolehkan kenderaan anda berhenti ketika menekan pedal brek. Selain itu, ia juga menjamin prestasi dan keselamatan membrek dengan tahap yang optimum.

Jenis

Minyak brek mempunyai beberapa jenis berdasarkan kelas tersendiri. Nilai pengkelasan atau gred minyak adalah penting untuk dirujuk semasa anda menukar minyak brek. Jenis minyak brek dibezakan mengikut gred spesifikasi yang ditetapkan melalui ‘Department of Transportation’ (DOT). Ia diklasifikasikan demikian berdasarkan titik didih minyak brek dalam kenderaan.

Titik didih pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kering dan basah di mana titik didih kering merujuk kepada minyak brek berada dalam kondisi baharu. Manakala, titik didih basah pula merujuk kepada minyak brek tersebut telah lama digunakan atau secara terperinci telah melebihi tempoh dua tahun.

Terdapat tiga jenis minyak brek berdasarkan spesifikasi DOT iaitu DOT3, DOT4 dan DOT5. Ketiga-tiga jenis ini mempunyai kepekatan minyak berbeza yang akan memberikan perbezaan semasa membrek. DOT3 dan DOT4 sesuai digunakan pada kenderaan biasa yang dipandu untuk tujuan harian kerana ia diperbuat daripada cecair polyglycol yang mampu menyerap wap air sekelilingnya.

Manakala minyak jenis DOT5 digunakan untuk kenderaan yang melakukan aktiviti berat seperti berlumba dan menggunakan suhu tinggi. Ia adalah minyak yang berasaskan silikon dan bersifat hidrofobic di mana ia menolok wap air yang terdapat di sekelilingnya.

Tempoh Penukaran

Tahukah anda minyak brek yang tidak ditukar bagi tempoh masa lama boleh menjejaskan prestasi membrek sekaligus mengundang risiko keselamatan? Ramai tidak mengendahkan pemeriksaan minyak brek kerana menganggap ia tidak penting untuk dijaga seperti komponen kenderaan lain. Bagi mengurangkan risiko tidak membrek di situasi kecemasaan anda perlu sentiasa memeriksa minyak brek dari semasa ke semasa.

Secara umumnya pengeluar mengesyorkan penukaran minyak brek dilakukan dua tahun sekali kerana ia mempunyai jangka hayat yang panjang berdasarkan penggunaan kenderaan. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa mengingati bahawa jangka hayat tersebut boleh berkurang secara drastik jika kenderaan anda beroperasi lebih daripada keperluan.

Kenderaan lumba, kenderaan yang berada pada kawasan lembab dan kenderaan yang dipandu dalam tekanan berat akan menyebabkan minyak brek mencapai suhu tinggi sehingga mengurangkan keupayaan henti pada sistem brek. Keadaan ini turut meningkatkan risiko kemalangan kerana kenderaan anda mampu hilang kuasa membrek sepenuhnya.

Selain itu, untuk mengetahui keperluan menukar minyak brek, anda juga boleh melihat paras minyak pada bekas minyak brek yang berada berhampiran enjin kenderaan. Sekiranya tahap minyak berada pada paras minimum, anda perlu segera mengisi minyak brek untuk memastikan ia berfungsi dengan lancar.

Anda juga perlu menukar minyak tersebut apabila ia telah bertukar warna dari kuning cerah kepada warna perang seperti berkarat. Ia menunjukkan minyak brek telah menyerap terlalu banyak kelembapan sekali gus menyebabkan anda menekan pedal brek lebih dalam daripada biasa. Oleh itu, keperluan menukar minyak brek adalah penting bagi membendung masalah yang tidak diduga berlaku ketika anda melakukan perjalanan ke sesuatu destinasi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!