Kepentingan Penjajaran Roda

Adakah tayar kenderaan anda berada pada jajaran yang betul? Penjajaran roda perlu dilakukan pada setiap kenderaan bagi memastikan tayar anda berada dalam posisi yang betul. Ia merupakan salah satu proses penyenggaraan tayar yang perlu dilakukan oleh setiap pemilik kenderaan bagi mengelakkan kenderaan anda menarik ke satu arah.

Maksud Penjajaran Roda

Penjajaran roda yang juga dikenali sebagai ‘alignment’ adalah salah satu proses penyenggaraan kenderaan yang dilakukan pada bahagian tayar depan dan belakang kenderaan anda. Tayar memainkan peranan untuk mendapatkan cengkaman jalan yang baik serta memastikan kenderaan anda bergerak dengan selamat. Oleh itu, sistem pengawalan roda yang baik amat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Penjajaran roda dilakukan dengan menyesuaikan sudut tayar kenderaan anda supaya ia dihalakan pada arah yang betul mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. Kebiasannya penjajaran tayar perlu diperiksa setiap 10,000km sekali atau setiap kali ketika menghantar kenderaan ke pusat servis. Selain itu, sekiranya anda mendapati stereng kereta anda menghala ke satu arah atau menjadi pelik, anda perlu segera memeriksa penjajaran tayar kereta atau menghantar ke pusat servis bertauliah untuk dapatkan tindakan selanjutnya.

Bila Penjajaran Roda Perlu Dilakukan

Penjajaran perlu dilakukan akibat beberapa faktor berikut:

• Kenderaan menghala ke satu sisi
• Tayar haus tidak sekata
• Kerap melalui jalan berlubang
• Tekanan dari penyerap hentak
• Komponen getah dalam suspensi haus
• Getaran pada stereng
• Roda stereng tidak kekal berpusat

Sudut Penjajaran Roda

Penjajaran roda meliputi tiga sudut asas iaitu camber, toe dan caster. Ketiga-tiga sudut penjajaran tersebut mempunyai fungsi dan tujuan berbeza dalam proses penjajaran.

1) Camber

Camber adalah satu sudut kecondongan roda yang perlu dilihat dari pandangan atau arah hadapan kenderaan. Ia mempunyai tiga jenis yang terdiri daripada sifar, positif dan negatif. Tanda sifar menunjukkan gandar atas dan bawah roda adalah sama manakala positif menunjukkan bahagian atas menonjol ke luar. Tanda negatif pula menunjukkan bahagian atas menumpuk ke dalam. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tayar makan sebelah dan juga bearing kenderaan cepat mengalami kerosakan.

2) Toe

Toe adalah sudut tayar yang dilihat dari arah atas. Terdapat dua sudut yang dilihat iaitu toe-in yang merujuk kepada sudut tayar masuk ke dalam cesi dan toe-out yang merujuk kepada sudut tayar ke arah luar cesi. Sekiranya terdapat masalah dari sudut toe, ia perlu diperbetulkan segera sebelum tayar haus dan tidak sekata ketika bergerak di jalan raya.

3) Caster

Caster adalah sudut tengah yang merujuk kepada komponen stereng dengan sudut tayar. Ia dilihat melalui dua jenis iaitu positif dan negatif. Caster positif merujuk kepada sudut komponen stereng berada pada paksi belakang tayar manakala caster negatif merujuk kepada kedudukan sudut komponen stereng di depan paksi tayar.

Segala masalah pada sudut caster, toe dan camber perlu dibetulkan segera jika terdapat masalah mengikut parameter yang ditetapkan oleh pengeluar. Anda boleh melakukan penjajaran di pusat servis kerana mereka mempunyai sistem penjajaran roda yang merangkumi empat unit kamera. Ia akan dilampirkan kepada pengapit yang direka khas untuk memegang roda. Dengan alat tersebut, semakan dan larasan sudut akan dilakukan oleh mereka dengan betul.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!