Perbezaan ‘Timing Belt’ dan ‘Timing Chain’

‘Timing belt’ dan ‘timing chain’ merupakan salah satu komponen enjin penting dalam kenderaan. Ia berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar ia seiringan dengan pergerakan ‘crankshaft’ yang berada di bahagian bawah enjin kenderaan.

Ramai pengguna kenderaan mempunyai pendapat berbeza dalam penggunaan ‘timing belt’ dan ‘timing chain’. Oleh itu, menerusi artikel ini, kami ingin memberi penjelasan untuk anda mengenalpasti perbezaan antara kedua-dua komponen enjin ini supaya anda lebih mengenali perbezaannya.

Timing Belt

‘Timing belt’ adalah komponen yang diperbuat daripada getah untuk memutarkan ‘crankshaft’ iaitu komponen batang yang menggerakkan silinder dan memacu ‘camshaft’, alat yang menggerakkan injap enjin dalam kenderaan. Penggunaan getah membolehkan ia menyerap gegaran dan mengurangkan pengeluaran bunyi ketika berfungsi.

Tahukah anda ‘timing belt’ dikategorikan sebagai komponen pakai buang? Hal ini kerana, komponen ini mempunyai jangka hayat tersendiri yang memerlukan penyenggaraan berkala. Ia juga boleh putus jika menggunakannya melebihi jangka hayat yang ditentukan oleh pengeluar kenderaan. Tanda-tanda kegagalan fungsi alat ini dapat diketahui apabila ‘timing belt’ putus, berlakunya ‘tooth wear’ dan ‘back cracks’.

Kerosakan ‘timing belt’ boleh melibatkan kos yang sangat tinggi kerana komponen dalaman enjin akan turut rosak, patah dan retak. Oleh itu, bagi kenderaan yang menggunakan ‘timing belt’, anda dicadangkan untuk menukarnya setiap 50,000km ke 80,000km. Walau bagaimanapun, penukaran ini tertakluk kepada jenis, cara penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan oleh pemilik.

Timing Chain

‘Timing chain’ adalah satu rantai yang memastikan kesinambungan pergerakan komponen-komponen enjin. Rantai yang diperbuat daripada besi ini mempunyai banyak titik sambungan yang akan kerap menghadapi geseran dan gegaran. Oleh hal yang demikian, ia memerlukan penggunaan minyak pelincir untuk berfungsi dengan baik.

Dari segi kos pula, ‘timing chain’ tidak memerlukan penukaran dan penyelenggaraan secara kerap kerana ia mampu berfungsi dengan baik bagi tempoh masa yang lama. Anda hanya perlu mengawasi keadaannya dengan menukar minyak pelincir supaya ia berfungsi dengan optimum dan mengelakkan kerosakan akibat putus. ‘Timing chain’ yang putus akan memakan kos yang besar dan mampu merosakan komponen enjin lain.

Bagi pengguna ‘timing chain’, anda juga memerlukan tenaga kerja lama untuk menukarnya kerana perlu membuka banyak komponen ketika penyelenggaraan. Walaupun ia merupakan komponen kuat dan mempunyai ketahanan lebih lama, anda perlu sentiasa pastikan untuk menukarnya setiap 150,000km ke 200,000km atau seperti yang disarankan oleh pengeluar kenderaan supaya ia berfungsi dengan optimum.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!