Tempat-Tempat Pelancongan Menarik Di Negeri Perak

Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan antara negeri terbesar di pantai barat Semenanjung Malaysia yang kaya dengan keindahan pulau, hutan lipur, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya. Tahukah anda terdapat banyak tempat pelancongan di negeri bersejarah ini? Masih ramai yang tidak menjelajah tempat ini sepenuhnya untuk menikmati keindahan negeri nombor dua terbesar di semenanjung. Disenaraikan beberapa lokasi menarik di sini supaya anda dapat merancang percutian bersama keluarga anda pada masa akan datang:

kellie

1) Kellie’s Castle

Kellie’s Castle adalah salah satu lokasi wajib anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak kerana bangunan unik ini telah dibina oleh peladang getah British yang bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat Istana Kellie dibina mengikut reka bentuk istana Moghul di India.

InShot_20201015_002014096

Keunikan bangunan dan kisah pembinaan istana tersebut menjadi tarikan utama para pelancong. Bagi mengetahui asal usulnya, anda harus mengunjungi tempat ini yang terletak di Batu Gajah supaya anda boleh mengenalinya secara mendalam.

concubine
Sumber: Instagram @malaysiatopfive

2) Concubine Lane

Concubine Lane merupakan tempat tumpuan pelancong yang tersenarai sebagai salah satu lokasi Jejak Warisan Ipoh. Bangunan era dahulu dengan struktur seni bina unik menonjolkan pengaruh dari China ini masih dijaga dan dipelihara oleh pihak pengurusan dan menjadikan kawasan ini sebagai tapak perniagaan.

roti pelangi
Sumber: Instagram @eiykaloka

Selain bangunan lama, tempat ini mempunyai lukisan mural berwarna-warni, kedai antik, makanan unik seperti ais krim gaharu, ais kepal, roti pelangi dan sebagainya untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan anda.

tambun
Sumber: Instagram @sunwaylostworldoftambun

3) Taman Tema Lost World of Tambun

Siapa yang tidak suka mengunjungi taman tema? Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh merupakan tempat percutian ideal untuk anda bermandi-manda bersama keluarga atau rakan pada hujung minggu atau ketika musim percutian. Taman tema ini sangat menarik dan popular kerana mempunyai pelbagai pilihan permainan yang menyeronokkan untuk golongon dewasa hingga kanak-kanak.

tambun 1
Sumber: Instagram @sunwaylostworldoftambun

Satu hari tidak mencukupi untuk anda menerokai tempat ini kerana terdapat tarikan seperti Water Park, Lost World Petting, Amusement Park, Adventure Park, Tigger Valley dan Tin Valley.

gua
Sumber: Instagram @guatempurungextreme

4) Gua Tempurung

Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak merupakan antara lokasi yang perlu anda kunjungi di negeri ini. Ia mempunyai pelbagai ukiran semula jadi yang wujud sejak 8000 tahun sebelum Masihi.

gua 1
Sumber: Instagram @guatempurungextreme

Anda boleh meneroka gua ini bersama keluarga kerana terdapat kemudahan asas seperti titi, lampu dan kemudahan awam lain yang boleh anda gunakan.

menara condong
Sumber: Instagram @zahirihaz81

5) Menara Condong

Menjadi mercu tanda di Teluk Intan, Menara Jam Condong ini adalah satu-satunya menara condong yang terdapat di Asia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan dengan sebuah jam besar di puncak menara yang masih berfungsi sehingga kini. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali dan mempunyai ketinggian sehingga 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Pelancong boleh melihat gambar-gambar sejarah, struktur, jam mekanik dari London dan tangki air di dalam menara ini.

tasik cermin
Sumber: Instagram @eiykaloka

6) Tasik Cermin

Tempat paling unik yang terdapat di negeri Perak ialah Tasik Cermin di Ipoh. Ia dikatakan unik kerana tasik ini berbentuk seperti sebuah cermin gergasi yang menunjukkan pantulan bukit disekelilingnya. Anda dapat mendamaikan jiwa dengan melihat dan berehat di tasik hijau yang tenang dan dilindungi oleh bukit batu kapur ini.

tasik cermin 1
Sumber: Instagram @eiykaloka

Ia juga satu lokasi ‘instagrammable’ untuk mengambil gambar cantik bersama insan tersayang.

fantasy
Sumber: Instagram @_preetha03

7) Funtasy House Trick Art

Funtasy House Trick Art adalah lokasi sesuai untuk bercuti dengan keluarga terutamanya bersama kanak-kanak. Terdapat lebih tiga puluh lukisan mural interaktif yang berkonsepkan seni 3D di sini.

fantasy 1
Sumber: Instagram @_preetha03

Anda boleh mengambil gambar menarik dengan posisi yang betul demi menghasilkan gambar yang timbul dan cantik untuk kenangan anda.

pangkor 1

8) Pulau Pangkor

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar di Malaysia dan satu-satunya pulau yang bebas cukai. Pantai pasir putih dengan laut kebiruan akan menenagkan minda anda daripada segala stres. Anda juga dapat melakukan pelbagai aktiviti di pulau ini seperti menyelam, sukan air, memancing, berkayak dan sebagainya bersama insan tersayang. Jangan lupa beli hasil laut seperti ikan bilis, sate kering, sotong kering dan pelbagai produk laut lain sebelum anda meninggalkan tempat ini.

zoo
Sumber: Instagram @zootaiping

9) Zoo Taiping

Melawat zoo adalah aktiviti menarik dilakukan untuk mengenali hidupan liar dan memberi pendedahan kepada kanak-kanak. Zoo ini menempatkan lebih 1200 ekor haiwan yang terdiri daripada gajah, harimau, badak air, singa, burung-burung dan sebagainya. Tahukah anda haiwan lebih aktif pada waktu malam? Bagi mengetahui mengapa haiwan aktif pada waktu malam, anda boleh cuba melakukan aktiviti Night Safari di Zoo Taiping untuk menyaksikannya sendiri. Terdapat juga perkhidmatan tram yang disediakan bagi pengunjung mengelilingi zoo yang luas ini secara percuma.

gunung lang

10) Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan satu tempat rekreasi santai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia adalah satu tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur. Anda dapat merasakan percikan air dari air terjun buatan manusia di pintu masuk gunung ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti berbasikal, memberi makanan kepada ikan, melihat haiwan di mini zoo dan sebagainya.

beri-makan-ikan
Sumber: percutianbajet.com

 

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!