Lakukan Penyenggaraan Untuk Kekalkan Prestasi Kenderaan

Penyenggaraan berjadual amat penting untuk dilakukan bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan mempunyai tahap operasi optimum. Tahukah anda kereta yang tidak dihantar untuk menjalani servis berjadual mempunyai potensi untuk rosak pada bila-bila masa terutamanya pada waktu yang tak diduga. Adalah wajib untuk anda menghantar kenderaan sekurang-kurangnya enam bulan sekali ke pusat servis bertauliah bagi menjamin keselamatan kenderaan dan pengguna ketika berada di jalan raya.

Maksud Penyenggaraan

Penyenggaraan atau servis kenderaan adalah satu proses penukaran atau penggantian komponen kenderaan untuk mengekalkan prestasinya. Kenderaan yang terdiri daripada pelbagai komponen dalaman untuk bergerak, mempunyai potensi untuk mudah haus, rosak dan berkarat. Apabila keadaan in berlaku, ia akan mengurangkan prestasi kenderaan dan mewujudkan kesukaran dari segi teknikal ketika anda memandu di atas jalan raya.

Oleh itu, penyenggaraan kenderaan dilakukan bagi memeriksa, mengganti dan menukar komponen yang rosak dan memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik.

Kepentingan Penyenggaraan

Terdapat banyak kes kerosakan kenderaan di tengah jalan yang juga menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Hal ini adalah akibat sikap kelalaian pemandu kenderaan hingga mengakibatkan komponen-komponen terabai dan gagal berfungsi pada tahap sepatutnya. Oleh itu, disenaraikan beberapa kepentingan penyenggaraan kenderaan yang perlu diketahui oleh setiap pemandu kenderaan agar dapat mencegah berlaku sebarang kerosakan:

• Kereta lebih selamat
• Meningkatkan prestasi kenderaan di atas jalan raya
• Memanjangkan tempoh hayat kenderaan
• Mencegah kerosakan
• Keselamatan pemandu dan penumpang terjamin
• Menjimatkan bahan api
• Mengelakkan kemalangan
• Pemanduan lebih selesa

Komponen Yang Perlu Disenggara

Servis berjadual meliputi pemeriksaan kenderaan, pelinciran, penyelarasan, pembersihan, uji pandu, pembaikan dan penukaran alat ganti kenderaan. Juruteknik daripada pusat bertauliah akan melakukan kerja-kerja penggantian peralatan yang rosak atau diramal rosak ketika menyenggara kenderaan supaya dapat mengelakkan masalah kerosakan yang tidak diduga.

Antara komponen kenderaan yang perlu diberi perhatian oleh pemandu kenderaan adalah bahagian keselamatan yang merangkumi komponen seperti tayar, pengelap cermin, sistem transmisi, brek, stereng, lampu isyarat dan hon. Selain itu, perhatikan sebarang bunyi pelik yang dikeluarkan dari bahagian enjin dan bawah kenderaan. Peralatan lain bagi keselesaan pemandu dan penumpang juga perlu disenggara iaitu penghawa dingin, radio dan tingkap kenderaan.

Penukaran minyak enjin juga perlu dilakukan mengikut tempoh atau jarak perbatuan yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan. Sekiranya anda gagal melakukan servis minyak enjin, kebolehan berlakunya kerosakan komponen dalaman amat tinggi. Oleh itu, pastikan mengikut jadual penyenggaraan kenderaan anda dengan tepat supaya anda terlindung daripada sebarang situasi yang tidak diduga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!