Majlis Perbarisan Perasmian Dan Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja

Satu Majlis Perbarisan Perasmian dan Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja telah berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur pada 10 September 2020 yang lalu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan beliau telah menyerahkan kunci replika kereta peronda kepada Brigedier Jeneral Dato’ Haji Mislan bin Anuar selaku Pengerusi Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) sebagai simbolik penerimaan kereta peronda kepada KPTD.

SPANCO KPTD_page-0020

Sebanyak 40 buah kereta peronda jenis Honda Civic 1.8S telah dibekalkan secara konsesi oleh SPANCO kepada KPTD dalam majlis ini yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPANCO, Dato’ Hamzah Mohd Salleh. Pembekalan kenderaan Mobile Patrol Vehicle (MPV)  baharu ini adalah bagi mempertingkatkan keberkesanan pengoperasian KPTD pada masa akan datang.

Kenderaan ini juga dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka (dashcam), kamera perakam video digital mudah alih (DVR) dan kit MPV yang mampu meningkatkan kecekapan perkhidmatan pasukan KPTD dalam melaksanakan tugasan mereka.

Penyerahan kenderaan baharu ini diagihkan susulan kursus pemanduan Honda Civic 1.8S kepada pemandu dan jurulatih KPTD  selama dua hari. Kursus ini telah dianjurkan bagi memberi penerangan dan pendedahan ciri-ciri kereta peronda baharu serta memberikan latihan cara dan teknik pemanduan berhemah kepada semua peserta terlibat.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!