Teknologi Keselamatan Dalam Kenderaan

Perkembangan teknologi telah membantu pelbagai industri maju dari segi ciri-ciri produk. Industri automotif juga tidak terlepas daripada penggunaan teknologi yang membantu pemandu kenderaan dari segi keselamatan. Pelbagai sistem baharu telah digunakan untuk meningkatkan sistem keselamatan kenderaan dari semasa ke semasa. Berikut disenaraikan antara beberapa teknologi keselamatan yang terdapat dalam kenderaan moden kini:

1) Amaran Mengantuk

Keletihan dan rasa mengantuk merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya. Kemajuan teknologi telah mendorong industri automotif dengan pengenalan sistem amaran mengantuk dalam kenderaan. Ia adalah satu sistem yang dibangunkan untuk mengesan sebarang gejala atau reaksi pemandu dengan penggunaan kamera dan sensor sebagai alat utamanya. Sekiranya terdapat gejala keletihan pada para pemandu, sistem ini akan mengeluarkan amaran bunyi atau mengetarkan kerusi atau stereng supaya pemandu terjaga.

2) Kamera 360-Darjah

Sistem kamera amat penting dalam kenderaan bagi membantu pemandu melihat dengan jelas semasa mengundur atau meletakkan kenderaan. Kini, banyak kereta moden dilengkapi kamera pandang keliling 360̊ bagi membantu pemandu memantau keadaan sekeliling sebelum memarkir kenderaan atau memasuki ruang sempit.

3) Bantuan Parkir

Sistem teknologi tinggi iaitu bantuan parkir telah dibangunkan untuk membantu para pemandu meletakkan kenderaan di petak parkir selari. Bantuan parkir yang menggunakan sensor dan kamera sekeliling amat memudahkan pemandu yang kurang cekap dalam urusan masuk parkir selari. Dengan hanya menekan satu butang, kenderaan anda secara automatik akan menghala dan bergerak ke petak kosong. Tetapi pemandu perlu sentiasa ingat bahawa anda masih perlu mengawal kenderaan dengan membreknya jika perlu.

4) Sistem Amaran Pelanggaran

Sistem amaran pelanggaran dalam kenderaan akan mengesan dan memberi amaran kepada pemandu untuk berwaspada sebelum berlakunya sebarang perlanggaran. Menerusi kombinasi kamera video, lidar dan radar, sistem ini akan memberi amaran menerusi bunyi penggera kepada pemandu supaya mereka boleh mengambil langkah pencegahan.

5) Brek Proaktif

Sistem brek proaktif ini berfungsi untuk mengehadkan kemampuan kereta dengan mengaktifkan brek tanpa memerlukan input pemandu. Dengan wujudnya sistem ini, ia dapat membantu pemandu untuk mengekalkan jarak selamat dengan objek lain. Penggunaan teknologi radar dan kamera video akan bantu kereta mengesan sebarang objek dan mengaktifkan tekanan ke atas brek untuk mengurangkan masa hentian.

6) Kamera imej malam (night vision)

Kamera imej malam adalah satu sistem mengesan kelibat objek di atas jalan raya yang sukar di lihat oleh mata kasar pemandu. Sistem keselamatan ini menggunakan dua jenis kamera iaitu kamera aktif di mana ia mengesan manusia atau haiwan dan kamera pasif menggunakan inframerah untuk pencahayaan. Sistem ini membantu pemandu mengesan sesuatu ketika mereka memandu di kawasan gelap dan mencegah sebarang insiden tidak diduga berlaku. Buat masa ini, sistem ini hanya terdapat pada kenderaan model mewah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!