Bahaya Meninggalkan Barang Dalam Kenderaan

Hampir setiap hari individu menggunakan kenderaannya untuk ke suatu destinasi. Kenderaan menjadi tempat meluangkan separuh masa di dalamnya selain di rumah. Oleh itu, pengguna kenderaan cenderung untuk menyimpan barang-barang kegunaan asas di dalam kenderaan. Namun, anda perlu sedar bahawa bukan semua bahan selamat disimpan dalam kenderaan kerana ia boleh mengundang bahaya kepada diri anda. Disenaraikan beberapa bahan bahaya ditinggalkan supaya anda lebih berhati-hati pada masa hadapan:

bottle

1) Botol air plastik

Antara barang wajib ada dalam setiap kenderaan adalah botol air. Tapi tahukah anda botol air plastik boleh membawa kesan buruk kepada kesihatan anda? Botol jenis ini tidak sesuai diletakkan dalam kenderaan kerana suhu tinggi boleh mencairkan bahan kimia dalam plastik sekaligus bercampur dengan air. Ia memberi kesan panjang di mana boleh meningkatkan risiko penyakit kanser terutamanya bagi kaum wanita.

powerbank

2) Peralatan elektronik

Peralatan elektronik seperti komputer riba, tablet, telefon bimbit, bank kuasa dan lain-lain yang menggunakan bateri lithium ion tidak selamat ditinggalkan dalam kenderaan. Suhu tinggi akibat terdedah kepada matahari boleh menyebabkan ledakan bateri berkenaan lalu menjadi punca berlaku kebakaran. Hal ini berlaku kerana peralatan elektronik tersebut tidak boleh tahan suhu terlalu panas.

medicine

3) Ubat

Ubat-ubatan perlu disimpan pada suhu bilik supaya ia selamat digunakan dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu tertentu. Oleh itu, jika anda menyimpan ubat di dalam kenderaan yang secara langsung mempunyai suhu lebih daripada suhu bilik, boleh menjejaskan kualiti keberkesanan ubat tersebut. Anda juga boleh mendapat kesan sampingan yang tidak diingini.

agenlaku-indonesia-D0FWHT-eW_I-unsplash

4) Makanan

Pek makanan dan minuman boleh terurai pada suhu melebihi 70̊ . Makanan yang dibiar dalam kereta perlu dielakkan daripada makan kerana bahan kimia pek tersebut akan mencemari makanan dan minuman anda. Pastikan tidak meletak makanan anda dalam kereta terutamanya ketika memarkir di tempat terbuka.

hello-i-m-nik-pMq-iEwBZik-unsplash

5) Tin aerosol

Tin aerosol seperti spray pewangi, racun serangga dan lain-lain tidak sesuai diletak dalam kenderaan. Kereta yang mempunyai suhu panas boleh menyebabkan molekul udara di dalam tin mengembang lalu meningkatkan tekanan di dalam tin. Ia secara tidak langsung menjadi punca utama berlakunya kes meletup akibat tin mempunyai tekanan tinggi.

bag

6) Barang berharga

Kesilapan ramai pemandu adalah meninggalkan barang berharga dalam kenderaan dengan niat mereka akan kembali ke kereta dengan cepat. Tahukah anda perbuatan sedemikian amat bahaya? Penjenayah akan sentiasa menunggu peluang untuk melakukan pencurian sekiranya terdapat barang berharga dalam kenderaan anda. Oleh itu, elakkan meletak barang berharga seperti beg tangan, dompet, telefon bimbit, komputer riba dan sebagainya sebagai langkah melindungi diri dan kenderaan anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!