10 Lokasi ‘Hiking’ Menarik Di Semenanjung Malaysia

Mendaki atau lebih dikenali sebagai ‘hiking’ kini menjadi aktiviti beriadah pilihan orang ramai. Selain senaman harian, mendaki merupakan aktiviti menarik dilakukan bersama rakan dan ahli keluarga. Anda dapat menikmati pemadangan yang indah di sepanjang trek laluan sambil menghirup udara segar. Tahukah anda terdapat lokasi ‘hiking’ yang paling menarik di Semenanjung Malaysia yang mesti anda kunjungi satu hari? Disenaraikan beberapa lokasi tersebut untuk anda merancang perjalanan pada hujung minggu nanti :

gunung lambak
Sumber: hazimamirul._

 

1) Gunung Lambak

Penduduk Johor pernahkah anda mendaki Gunung Lambak sebelum ini? Jika belum, segera lakukan perancangan ke Kluang untuk mengunjungi tempat ini kerana anda dapat mendaki sambil menikmati pemandangan semula jadi yang mengasyikkan. Terdapat dua puncak berbeza di Gunung Lambak di mana puncak tertinggi mempunyai ketinggian sebanyak 510 meter. Selain itu, anda dapat menyaksikan pemandangan bandar Kluang yang terserdam indah. Selepas mendaki jangan lupa untuk mandi manda di air terjun yang dingin dan nyaman di sini.

jugra
Sumber: Facebook Adi Saufi Majid

2) Bukit Jugra

Bukit Jugra adalah lokasi mendaki strategik yang terletak di Banting, Selangor. Tiga trek mendaki di sini mempunyai tahap cabaran yang berbeza. Bagi yang minat ikuti trek yang mencabar, anda boleh memilih laluan panjang. Menara rumah api merupakan penghujung trek mendaki di Bukit Jugra. Anda dapat melihat pemandangan hijau-hijauan pokok dan pokok kelapa sawit di samping Sungai Langat yang mengalir ke Laut Selat Melaka. Tempat ini sangat bersih dan dijaga dengan baik, oleh itu, para pendaki sila jaga kebersihan jika anda mengunjungi kawasan ini.

batu
Sumber: Instagram @ummihurairah94

3) Bukit Batu Putih

Port Dickson bukan sahaja terkenal untuk kawasan pantai yang indah, malah di sini terdapat kawasan mendaki menarik di Bukit Batu Putih. Trek mendaki bukit ini tidak berapa mencabar dan bagi sesiapa yang ingin cuba pendakian boleh mulakan aktiviti mendaki anda di sini. Tanjung Tuan merupakan lokasi permulaan untuk mendaki dan selepas anda berjaya mendaki, pastikan bermandi manda dan bersantai di persisiran pantai Bukit Batu Putih bersama rakan dan keluarga anda.

g.tahan
Sumber: Instagram @aqhlef_

4) Gunung Tahan

Bagi individu yang teringin mendaki gunung, anda boleh pergi ke Gunung Tahan yang terletak di Pahang untuk melakukan aktiviti menarik ini. Ia merupakan antara puncak paling tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian sebanyak 2000 meter. Oleh itu, laluan mendaki di kawasan ini agak mencabar bagi para ‘beginner’ yang berniat untuk mendaki gunung.

tahan
Sumber: Instagram @kitegooutdoor

Anda akan menikmati pengalaman yang luar biasa di gunung ini kerana puncaknya mempunyai pemandangan yang paling indah. Nikmati udara segar sambil melihat matahari terbit bersama rakan pendaki anda.

gasing
Sumber: Instagram @jhengapz

5) Bukit Gasing

Bukit Gasing merupakan tempat mendaki yang dikeliling oleh hutan dan kawasan ini menjadi pilihan orang ramai. Tempat ini juga dikenali sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya, Selangor dengan ketinggian lebih kurang 164 meter. Sesiapa yang ingin mendaki, boleh mulakan akitiviti riadah di sini kerana terdapat beberapa laluan yang boleh anda gunakan berdasarkan keupayaan anda.

kelung
Sumber: lyfandspice.com

6) Bukit Keluang

Bukit Keluang yang terletak di Terengganu mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjungnya. Pemandangan di puncak bukit yang cantik dikelilingi landskap pantai dan laut biru akan menghilangkan segala kepenatan pendakian anda. Laluan ke puncak akan memakan masa dalam 40 hingga 50 minit bergantung kepada stamina anda.

kelung 2
Sumber: Instagram @yusufffffffffff

Walau bagaimanapun, anda dapat menikmati pemadangan yang memukau jiwa anda sambil menghirup udara segar.

lebah
Sumber: Instagram @bbl.tamanekorimba

7) Bukit Batu Lebah

Melaka terkenal dalam kalangan pelancong sebagai bandaraya bersejarah. Namun, tahukah anda ia juga merupakan lokasi menarik untuk melakukan aktiviti mendaki bukit? Sertai aktiviti mendaki di Bukit Batu Lebah iaitu sebuah hutan rekreasi yang terletak di daerah Jasin.

lebah 1
Sumber: Instagram @bbl.tamanekorimba

Tempat ini mempunyai suasana puncak yang sejuk dipenuhi flora dan fauna serta dapat menenangkan fikiran anda daripada segala masalah.

jambul 1
Sumber: Instagram @fitreeiah

8) Bukit Jambul

Pulau Pinang dikenali sebagai lokasi pelancongan paling digemari orang ramai. Selain lokasi tumpuan pelancong yang santai, terdapat beberapa kawasan mendaki yang menarik di sini. Bukit Jambul merupakan salah satu lokasi mendaki yang digemari penduduk Pulau Pinang sendiri. Trek bukit ini sangat mencabar untuk mendaki tetapi jangan risau kerana alat keselamatan seperti tali disediakan bagi penggunaan anda ketika mendaki.

jambul
Sumber: Instagram @tcewe1791

Nikmati pemandangan bandar Pulau Pinang di puncak bukit sambil berehat sebelum anda menurun semula.

botak 1
Sumber: Instagram @oppiependragon

9) Bukit Botak

Adakah anda individu yang baru berjinak-jinak untuk melakukan aktiviti mendaki? Jika ya, anda boleh mulakan ‘hiking’ di Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam. Trek bukit yang senang untuk mendaki adalah sangat sesuai untuk permulaan anda.

botak
Sumber: Instagram @izzaros_

Sepanjang laluan, anda dapat menikmati pemandangan ladang kelapa sawit dan flora lain yang unik di bukit ini.

kl
Sumber: Instagram @catybarb

10) KL Forest Eco Park

Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai beberapa lokasi hiking selain kawasan pelancongan yang menarik. KL Forest Eco Park menawarkan pengalaman hiking luar biasa di tengah-tengah bandar sibuk ini. Kawasan yang dikelilingi flora dengan persekitaran alam semula jadi amat sesuai untuk melakukan aktiviti riadah ini. Tempoh perjalanan untuk ke puncak akan mengambil masa lebih kurang 30 minit.

 

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!