Cara ‘Jumper’ Bateri Kereta Yang Betul

Pernahkah anda mengalami situasi di mana kenderaan anda tidak dapat dihidupkan? Ia berlaku apabila bateri kenderaan anda lemah. Hal ini menyebabkan bateri tersebut tidak dapat membekalkan kuasa elektrik kepada kenderaan untuk menghidupkan enjin. Pada situasi sebegini, anda tidak perlu risau dan cemas kerana terdapat beberapa langkah yang boleh anda ikuti untuk mengatasi masalah ini.

Salah satu langkah yang disyorkan oleh pakar automotif adalah ‘jumper’ bateri kenderaan. Ia merupakan langkah paling efektif, tetapi perlu dilakukan dengan cara yang betul. Oleh itu, disenaraikan cara-cara ‘jumper’ bateri kereta secara betul dan selamat:

1) Kenderaan bantuan, matikan enjin dan suis kenderaan

Sebagai langkah pertama, anda memerlukan satu kenderaan bantuan untuk menghidupkan enjin melalui jumper bateri. Kenderaan tersebut mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper’ boleh disambungkan. Pastikan kedua-dua kenderaan mematikan enjin dan suis elektronik supaya dapat mengelakkan sebarang litar pintas berlaku pada kereta bantuan.

2) Sambungkan kabel ‘jumper’ pada terminal positif

Kemudian, anda perlu menyambungkan kabel ‘jumper’ pada bateri kereta yang rosak dahulu. Gunakan kabel ‘jumper’ dengan pengapit bateri berpenebat. Pastikan sambungan dilakukan pada terminal positif (+) bateri kereta terjejas dahulu dan diikuti kereta bantuan.

3) Sambungkan kabel ‘jumper’ pada terminal negatif

Selepas itu, sambungkan penghujung kabel pada terminal negatif (-) pada kereta bantuan dahulu dan lengkapkan sambungan pada terminal negatif kereta rosak. Sekiranya anda keliru antara terminal positif dan negatif, gunakan kabel ‘jumper’ merah yang melambangkan terminal positif dan kabel ‘jumper’ hitam melambangkan terminal negatif.

4) Hidupkan enjin kereta bantuan

Setelah anda lengkapkan sambungan kabel ‘jumper’ kepada kedua-dua terminal bateri kenderaan rosak dan bantuan, anda boleh mula mengecas bateri dengan menghidupkan enjin kereta bantuan terlebih dahulu. Biarkan enjin hidup dalam masa 2 hingga 5 minit untuk pengecasan berlaku pada kereta terjejas.

5) Hidupkan enjin kereta rosak

Selepas proses pengecasan melalui ‘jumper’ bateri kereta, anda boleh menghidupkan enjin kereta yang rosak. Kereta anda dapat dihidupkan semula setelah tamat proses pengecasan.

6) Tanggalkan sambungan kabel

Langkah terakhir setelah berjaya menghidupkan kembali enjin kenderaan adalah menanggalkan sambungan kabel ‘jumper’ dalam urutan terbalik. Biarkan enjin hidup untuk beberapa minit sebelum melakukan perjalanan. Ia dilakukan bagi memastikan enjin kenderaan tidak mati semula.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!