Bahaya Tidur Dalam Kenderaan

Tahukah anda amalan tidur dalam kenderaan boleh mengundang risiko membabitkan nyawa? Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kematian akibat tidur dalam kenderaan. Langkah yang diambil untuk berehat dalam kenderaan menjadi tragedi yang menyedihkan. Kesedaran mengenai bahaya tidur dalam kenderaan perlu diketahui oleh orang ramai bagi mengelakkan kejadian tidak terduga berlaku. Oleh itu, disenaraikan beberapa punca berlakunya maut akibat tidur dalam kenderaan:

Kebocoran ekzos

Masalah mekanikal pada kereta boleh menyebabkan berlakunya kebocoran ekzos kereta. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan gas ekzos yang mengandungi karbon monoksida memenuhi ruang kabin kereta. Ia juga akan meningkatkan risiko mati lemas sekiranya anda tidur dalam kenderaan kerana kekurangan tahap oksigen dalam ruang tersebut.

Karbon Monoksida

Kenderaan yang dihidupkan enjin dan penghawa dingin sekali dalam keadaan statik mempunyai kemungkinan gas karbon monoksida menyelinap masuk ke ruang kabin kenderaan. Ia berlaku akibat kebocoran ekzos kereta yang menyerap gas ini ke dalam ruang kabin. Gas tersebut akan dihidu melebihi tahap selamat oleh pemandu dan penumpang tanpa disedari ketika mereka sedang tidur. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kematian. Selain itu, gas jenis ini sukar dikenalpasti kerana cirinya yang tidak menghasilkan bau, warna dan rasa.

Penurunan oksigen

Peningkatan tahap karbon monoksida dalam kereta akan memberi kesan terhadap tahap oksigen dalam darah badan. Hal ini kerana, gas beracun ini mengurangkan kemampuan darah untuk membawa oksigen ke sel-sel badan dan otak. Sebaliknya, darah akan membawa lebih banyak karbon monoksida dalam badan. Ia secara tidak langsung mengurangkan tahap oksigen dalam otak sehingga menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Tips pencegahan keracunan karbon monoksida

1) Pastikan sentiasa memeriksa sistem ekzos kenderaan dan menyenggaranya secara berkala.
2) Elakkan tidur di dalam kenderaan walaupun untuk sebentar dengan enjin terpasang.
3) Jangan memanaskan enjin sekiranya kenderaan anda melepaskan asap dari ekzos di dalam kawasan rumah atau tempat tertutup.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!