Kepentingan Pemeliharaan & Pemuliharaan Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan yang sangat bernilai dan penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah tanggungjawab kita untuk memelihara dan memulihara satu-satunya khazanah paling berharga yang kita ada. Kini kepincangan dalam pengurusan dan kurangnya kesedaran orang ramai berhubung isu ini membuatkan alam sekitar semakin tercemar.

Meskipun setiap individu sibuk menjalani rutin harian, ia adalah masa yang kita perlu sedar dan luangkan untuk mengambil langkah pemulihan terhadap alam sekitar. Pencemaran yang berlaku secara berleluasa kini perlu diberi perhatian yang teliti bagi membendung masalah tidak diingini berlaku. Disenaraikan antara pencemaran alam yang perlu kita awasi dalam kehidupan seharian.

Peningkatan Suhu

Pokok amat penting untuk kitaran nutrien, air dan kualiti udara. Namun, penebangan hutan kini semakin meningkat dari semasa ke semasa untuk keperluan harian manusia seperti aktiviti pertanian, menghasilkan kertas dan sebagainya. Perbuatan ini secara tidak langsung memberi kesan kepada alam sekitar di mana berlakunya perubahan iklim, biodiversiti dan memudaratkan kesihatan manusia.

Penebangan berleluasa boleh menyumbang kepada pelepasan gas rumah hijau yang memasuki atmosfera bumi. Hal ini berlaku kerana penebangan menyebabkan pelepasan karbon dioksida meningkat dan pembekalan oksigen daripada pokok berkurang. Ia secara tidak langsung meningkatkan haba dan menjadi punca berlakunya pemanasan global.

Bagi membendung masalah ini, orang ramai digalakkan menanam pokok di persekitaran rumah dan jalan raya. Selain itu, anda boleh kurangkan penggunaan kertas di rumah dan pejabat dengan menggunakan platform digital. Sentiasa amalkan kegiatan kitar semula di rumah, tempat awam dan lain-lain supaya barangan dapat diguna semula dan dilupuskan dengan cepat.

Pencemaran Plastik

Isu pencemaran plastik di lautan dan pantai kini menjadi isu global yang tidak dapat dielakkan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan plastik semakin meluas dalam pelbagai aktiviti harian manusia. Tapi tahukah anda ia merupakan penyumbang utama pencemaran berlaku di lautan?

Tahukah anda plastik memerlukan tempoh masa yang lama untuk terurai? Beg plastik yang digunakan seharian mengambil masa dalam 10 hingga 1000 tahun untuk mereput secara semulajadi. Plastik yang pecah dan terurai dalam lautan akan menjadi mikroplastik yang membahayakan hidupan laut. Hal ini kerana partikel plastik akan dimakan oleh hidupan laut yang menyerap bahan kimia daripada plastik masuk ke dalam tisu haiwan lautan. Ia turut memberi kesan kepada kesihatan manusia yang memakan sumber makanan laut yang dicemari.

Hidupan laut turut terbunuh akibat penggunaan plastik yang mendadak. Oleh itu, penggunaan plastik perlu dikurangkan dalam kehidupan seharian. Pihak kerajaan telah mengambil langkah menangani isu ini dengan kempen hindari penggunaan plastik di kedai. Sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar pastikan membawa beg kitar semula apabila anda membeli barang di kedai.

Sentiasa pastikan anda membawa penyedut minuman besi untuk minum air atau kopi dan menolok penggunaan penyedut minuman plastik. Gunakan semula botol minuman plastik dengan menanam pokok atau menghiasi sebagai pemegang pen. Bagi individu yang sentiasa bungkus makanan di kedai, anda boleh membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan.

Langkah-langkah berikut boleh diamalkan oleh orang ramai bagi membendung masalah pencemaran alam yang semakin meningkat di setiap negara. Dengan melakukan langkah sedemikian, anda secara langsung menyumbang kepada pengurangan penggunaan plastik dan peningkatan suhu bumi. Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam mengatasi masalah global ini dan selamatkan bumi kita sebelum terlewat!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kenali Jenis-Jenis Papan Tanda Jalan Raya

Papan tanda di jalan raya memainkan peranan penting dalam memberi panduan, amaran atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Ketahui jenis-jenis papan tanda supaya anda...

Patuhi Had Laju Jalan Raya

Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kemalangan jalan raya dan salah satunya adalah memandu kenderaan melebihi had...

Lokasi Mencanting Batik Di Lembah Klang

Mencanting batik kini menjadi aktiviti hujung minggu yang sangat popular. Jika anda ingin melakukan aktiviti menarik dan berfaedah, kunjungi tempat berikut untuk mengasah bakat...

Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak awal tahun sehingga kini. Ibu bapa perlu lebih berwaspada dengan...

Punca Tayar Kereta Meletup

Tayar kereta boleh meletup atau pecah secara tiba-tiba ketika memandu disebabkan beberapa faktor tertentu. Marilah kita sama-sama ketahui puncanya agar dapat lebih berwaspada semasa...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!